Monday, March 30, 2009

Finally.....

Assalamualaikum...

Ape kabo kome sume yg membace blog aku ni??? Aku harapkan kome sume sehat2 blake & didalam rahmat Allah la hendaknye..insyaAllah. Aktiviti penghapdetan blog aku terhenti seketika gara-gara aku saje je involvekan diri dlm membizikan diri..minggu yg cukup penat bagi aku..keje yg amat bertimbun-timbun nak kene setel kan. Ditambah pula dengan sehiris assignment yg perlu di submit..secubit test yg perlu di jawab di saat2 yg keje menimbun-nimbun ni..dan tak cukup rase manis & masinnye jika tak dicampur ngan FYP repot yg perlu disiapkan. Argghhhh...rase nak berlari-lari anak sambil berguling je nak hilangkan tensen ni..hahaha.

Tapi hari ni, bleh aku katekan separuh dari beban tu aku dh buang jauh2 dh. Sebabnye..aku dh siapkan FYP repot aku..& draft repot pun dh di anto kat supervisior aku utk disemak..lega benor rasenye bila dh setel FYP ni..maybe lps ni kene wat some correction kat repot tu..tapi tak kesah la kan..hehe. Tadi gak baru lps test 2 engineering ethic..walopun aku sndiri tak phm pe bende yg aku jwb, tapi tak kesahla..janji dh lps. Redha jela sebab aku pun tak study. kire setimpal la ngn usaha aku pun..takleh nak merungut.hehe.

Still ade 2 mini project yg belum setel..2 assignment ngan log book autotronic. Final exam pulak lagi 2 mggu lebih lg..tapi nasib baikla sem ni just 2 paper je..takla berat sngt rasenye. Aku harap Allah permudahkan segala urusan aku ni..janganla ade pape y sangkut coz aku nak grad sem ni gak..tak mau extend.hehe.

Setakat ni jela ye..takde idea lg nak tulis pnjg2..sekian wassalam

p/s - kepada sesape yg membace blog aku ni, nak mintak pndpt kome, elok lps aku grad degree ni nak terus sambung master or keje dulu???? silala bagi komen tak kurang dari 1 patah perkataan..hehe
Read rest of entry

Friday, March 20, 2009

Subhanallah

video


Assalamualaikum..

just want to share this video that i got from my blogger friend, Masrurah.

Subhanallah...Tabarakallah.

How amazing this cute little child name Fatima, who know everything about basic in Islam.
She still young to know everything.
I feel so surprise that 2 years old little child can answer all the question about the basic knowledge in Islam with correct answers..
Maybe if i'm in her position, i cannot answer all the question correctly..
Try to muhasabah my self again,
how lack of my knowledge about Islam..
I hope i can get the spirit to grab all the Islamic knowledge,
and to be the true and the best muslim.

My pray for this cute little child, i hope one day she will be one of the 'soldier of Allah' and also 'soldier of Islam' that can revive Islam. May Allah bless her..InsyaAllah

Wassalam
Read rest of entry

Tuesday, March 10, 2009

Mujurlah Kerana Masih Ada Waktu

Firman Allah s.a.w :

كُلُّ نَفْسٍ ذآئِقَةُ المَوتِ

سورة ال عمران ,185 سورة الأنبياء 35 ,سورة العنكبوت


Maksudnya : Setiap jiwa pasti akan merasai mati

Assalamualaikum...

Cuba kita perhatikan gambar di atas….

Perhatikan betul-betul. Jenazah sape kah tu??

Sekali lagi kita teliti dan amati sungguh-sungguh jenazah sape kah tu?

Mungkin kita tak ambil peduli dan mungkin kita hanya bersikap sambil lewa kerana gambar di atas bukanlah gambar jenazah orang yang kita kenal. Jenazah di atas bukanlah dari kaum keluarga kite..bukan juga sahabat handai kite ataupun orang yang kite kenal yang hidup di sekeliling kite ni.

Apa yang pasti, gambar jenazah yang siap untuk di sembahyangkan di atas bukanlah termasuk di dalam senarai mereka yang kita senaraikan sebentar tadi kerana kita masih diberi kesempatan dan waktu yang berbaki oleh Allah s.w.t untuk hidup bersama mereka. Mujurlah kerana masih ada waktu, kite sebagai

seorang anak masih diberi kesempatan untuk memohon kemaafan kepada kedua ibu bapa kite serta berbakti kepada mereka.

Mujurlah kerana masih ada waktu,kite sebagai orang tua masih sempat memberi didikan serta kasih sayang kepada anak-anak kite.

Mujurlah kerana masih ada waktu, kite sebagai seorang isteri masih sempat mentaati serta membahagiakan suami begitu juga sebaliknya.

Mujurlah kerana masih ada waktu, kite sebagai seorang murid masih sempat mempelajari dan mengutip sebanyak mungkin Ilmu daripada guru kite serta menghadiri pengajiannya.

Mujurlah kerana masih ada waktu, kite sebagai seorang rakan,masih mampu berbuat baik kepada rakan taulan kite yang lain.

Mujurlah kerana masih ada waktu kite sebagai seorang yang membuat zalim masih sempat memohon kemaafan kepada mereka yang kite aniaya.

Mujurlah kerana masih ada waktu,kite sebagai individu masih sempat memperbaiki kesilapan yang kita lakukan kepada mereka.

Mujurlah kerana masih ada waktu untuk kita hubungi mereka sebelum talian mereka “rubbama yakunu mughlaqan” (talian kemungkinan telah tutup)

Rasenye saya masih belum terlambat memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung yang dikasihi sekalian.Mujurlah kerana masih ada waktu untuk saya memohon jutaan kemaafan yang tidak terhingga serta yang sungguh-sungguh daripada anda yang mengenali mahupun tak mengenali diri saya ni agar segala kesilapan dan kesalahan saya dimaafkan.

Wallahu a'lam.




Read rest of entry

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Sape yang ingat tarikh tersebut angkat tangan? hehe. Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,utusan terakhir Allah dimuka bumi untuk umat manusia. Bagi semua kaum muslimin di seluruh Malaysia pasti akan mengambut dengan berselawat ke atas junjungan besar kita sepanjang hari. Banyak acara akan diadakan di Malaysia dan yang menjadi kewajipan adalah perarakan umat Islam seluruh Malaysia. Tapi bukanlah acara perarakan ni menjadi satu kewajipan untuk kita menyambut Maulidur Rasul ni..kerana yang penting adalah bagaimana kita menghayati seerah perjuangan Baginda dalam menegakkan agama Allah..bagaimana kite hendak mengikut akhlah Rasulullah yang terpuji tu..tak gune hanya sekadar berarak membawa sepanduk, tapi kalau sunnah Baginda pun kite tak nak ikut.

Pengorbanan baginda memang tidak dapat disangkal lagi. Semuanya untuk umatnya tercinta. Baginda dah memberikan seluruh jiwa, raga dan harta untuk Islam dan umatnya, sehinggakan sebelum baginda wafat pun, Baginda still menyebut umatnya.Baginda juga menjadi ikutan (role model) bagi setiap aspek baik dari segi kekeluargaan, pemimpin dan keagamaan.

Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul. Banyakkan amalan yang sememangnya kurang ni. Sentiasa berselawat pada junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W.

Wallahu a'lam.




Read rest of entry

Thursday, March 5, 2009

Gasing oh Gasing!!!

Assalamualaikum...

Malam ni aku cukup rajin nak menghapdet blog..sampai 2 post aku buat. Gian nak menghapdet..pasal dah lame tak menghapdet. Rindu pulak nak menaip kat keybod ni..hehe.Kali ni aku nak cite pasal gasing..kome tau ke tak pebende gasing tu???Kalo tak tau camne rupe gasing tu sila la tengok gambo kat bawah ni.


Tapi ni bukanla gasing aku..gasing aku lagi style..gasing champion tu..hehe. Seingat aku la kan, first time aku main gasing ni rasenye time darjah 4 or 5 kot..& last skali main time darjah 6. Time tu memang aku ngan member2 aku memang giler gasing..kat umah main gasing, kat sekolah main gasing, sekolah agama rakyat main gasing..kire hidup aku ni di penuhi ngan gasing la time tu..hehe.

Bile time rehat kat sekolah agama je konpem aku ngan member2 aku gi main gasing. Memang seronok giler time tu..tapi zaman kegemilangan aku main gasing ni dah 9 tahun dah berlalu. Tapi ntah camne dah final year kat U ni terasa nak main balik gasing ni..perasaan ni terus meronta-ronta nak main gasing bile aku tengok gasing kat Jonker Walk dijual ngan harge rm1 je..terus aku ngan member aku Gaco beli..ingat nak main berdua jela kat umah..nak praktis balik skill yang lama dulu..hehe.

Bile tengok ktorang main kat umah..mula la housemate2 aku yang lain menyebuk-nyebuk gak nak tumpang dua belah kaki serta tangan nak main gasing ni gak..kata salah sorang housemate ku yang nama di rahsiakan berkata "ni takleh jadi ni..sok kene beli gasing ni. Baru leh lawan pakuk ni". So dengan semangat yg berkobar-kobar, maka seluruh ahli umah aku membeli gasing sorang satu..tak kire la reti main ke tak, janji de gasing. Maka bermula tournament gasing n0 51, TU 17 di halaman rumah@tempat letak kete.hehe.

Al-kisah seterusnya...semangat berkobar-kobar bermain gasing telah di 'heat-transfer' kan ke umah coursemate aku yang lain..sehinggala ramai member2 aku yang dah beli gasing sendiri..Maka tournament gasing BMCA pun bermula ngan agak meriah sekali. So korang layanla gamba2 di bawah ni sebab aku pun dah malas nak menulis panjang2 dah..rasenye dah cukup panjang intro aku ni..cadangnye nak terus letak gambo je tanpa ade explanation..tapi nanti takut kome tak paham pulak.hehe.


gaya seorang champion gasing nak memangkah gasing orang lain..hehe

Habisla gasing-gasing kat tengah ni yang menjadi mangsa pangkahan gasing lain

Aktiviti riadah yang menyehatkan tubuh badan

Cube teka..die ni main yoyo ke main gasing?????hehe


Sesi bergambo juara-juara gasing

Terasa puas pulak dapat main gasing balik..tambah pulak ramai member2 yang join main bende ni..yela kan, dah lame tak main. Bila dapat main balik permainan zaman budak-budak dulu memang terasa syok. So teramat rugi la bagi bebudak zaman sekarang dan bebudak zaman aku yang tak pernah merasa main gasing ni time kecik-kecik dulu..Bagi sesiape yang tak pernah main lagi gasing, dinasihatkan pila try main gasing ni..syok!!hehe

Wassalam.



Read rest of entry

Nilai Tudung Wanita

Assalamualaikum...

Kali ni terasa nak berbicara hal tudung muslimat pulak. Sekarang ni dah bermacam-macam fesyen tudung muslimat kat pasaran..dari yang labuh selabuh-labuhnya sampaila sependek-pendeknya..nama pun dah macam-macam dah..ade tudung wardina la, tudung selebriti tu la..tudung selebriti ni la...sampaikan ade yang bagi nama tudung mawi..aiseh,bile mase pulak mawi pakai tudung ye?????hehe.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau harta dunia macam emas or berlian, kite jaga bende tu rapi2 lagi.siap bungkus elok-elok pastu simpan dalam peti besi pulak tu taknak bagi orang lain tengok & takut kene curi. Macam tu la sebenarnye maruah seorang wnaita..perlu dijaga elok-elok..bukan dengan senang nak tunjuk maruah kat orang lain. Wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, tapi betul ke tudung tu menepati kehendak syara' dalam hukum menutup aurat??? Adekah dengan hanya menutup rambut dengan sehelai selendang dah cukup syaratnye sebagai menutup aurat???? Ade yang pakai tudung, tapi batang leher, dada dan sebagainya still nampak lagi. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Suppose pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

wassalam.




Read rest of entry
 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal