Sunday, December 13, 2009

Boleh Jadi Kamu Menyukai Sesuatu..........

Tentu saje Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku. Bukankah Allah s.w.t ada memperingatkan hamba-hambaNya dengan Firmannya yang bermaksud:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 2/216)

Sebenarnya, ada perasaan yang begitu begitu berat dalam ati ku ni...pikiran aku serabut,ati aku tak tenang..macam2 aku pikirkan..soal kerjaya, soal sambg master, soal hubungan..sumenye bercampur dalam kepala otak aku ni..dan sumenye datang secara serentak pulak tu..sumenye perlu aku pikir & selesaikan satu persatu..

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu….Takdirkanlah yang terbaik untuk ku…aku buntu sekarang ni ya Allah...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Siapa yang mengalami kesusahan dan kesedihan hendaklah dia berdoa dan mengucapkan kalimah-kalimah berikut:

أَناَ عَبْدُكَ ابْنُ عَبْدِكَ ابْنُ أَمَتِكَ فِيْ قَبْضَتِكَ ، ناَصِيَتِيْ بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ نُوْرَ صَدْرِيْ وَرَبِيْعَ قَلْبِيْ وَجِلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ


“Ya Allah, aku adalah hambaMu, anak hamba lelaki dan hamba perempuanMu, diriku berada di dalam genggamanMu, jiwaku berada di tanganMu, hukum Mu berlaku pada diriku, keadilan keputusanMu berlaku terhadap diriku, aku memohon kepadaMu dengan menyebut semua Asma’Mu yang Engkau namakan diriMu dengannya atau Engkau turunkan dalam kitabMu atau Engkau mengajarkannya kepada seorang di antara makhlukMu atau Engkau memeliharanya di dalam ilmu ghaib di sisiMU. Jadikanlah al-Quran sebagai cahaya dadaku, kebahagiaan hatiku, penghapus kesedihanku dan pelenyap kesusahanku” Maka, seorang dari satu kaum berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang yang rugi adalah orang yang tidak membaca doa tersebut.” Nabi s.a.w menjawab: “Benar, kerana itu ucapkanlah selalu doa tersebut, dan ajarkanlah (kepada orang lain), sesungguhnya orang yang mengucapkan do’a itu kerana memohon apa yang terkandung di dalamnya, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihannya dan melestarikan kegembiraannya” (Sahih Kitab al-Azkar Wa Dha'ifuhu, Sheikh Salim al-Hilali. Hadith ini sahih kerana banyak syahidnya)

Aku memohon dari Allah untuk kekuatan perasaan ku dalam menghadapi segala ujianMU....

7 comments:

Lea Lyanna on December 14, 2009 at 11:49 AM said...

Kalau kita bimbang satu hari nanti kita rasa menyesal, maka apa yg kita pilih hr ini bukanlah sesuatu yg kita suka, tp sesuatu yg kita cuma rasakan perlu.. Suka bolehjadi sepanjang hayat. Perlu? Sampai masanya, kita akan rasa ia sudah tidak penting lagi..

Sekadar renungan. Selamat beramal!!

Ruhainah Radin As-sobahiyyah on December 15, 2009 at 4:24 PM said...

Assalamu'alaikum ya akhy...

semua masalah yang akhy fikirkan tu semuanya sama dengan apa yg ana fikir.. Urm, amalkanlah doa ni..

" Ya hayyu ya qayyum, birahmatiKa ashtagish, fa ashlih li sa'ni kulla wala takulni ila nafsi thorfata 'ain"

maksudnya : - "Ya Hayyu, Ya Qayyum, dgn RahmatMu.. daku memohon. pertolongan. Baikilah seluruh urusanku & jganlah Engkau serahkan diriku ini pd diriku sendiri walau sekelip mata" -Hadist riwayat al-nasa 'i dan di nilai sahih oleh al-bani.

Selalulah juga dalam dzikrullah. Dan amalkanlah dzikir ni..

" Hasbunallahu wani'mal wakil, Lahaw la wala quwwata illa billahil 'aliyul adzim"

Wallahu'alam.. sekadar berkongsi untuk renungan bersama. (^_^)v

Seyn on December 16, 2009 at 11:23 AM said...

paduka seyn kembali berblog! :)

Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman on December 16, 2009 at 8:41 PM said...

To Lea Leyana: syukran ya ukhti..ya, sumting yg kite rase perlu bile kite memerlukan je, sampai mase kite tak perlukan..mungkin kite akan abaikannye..tapi adakah perasaan suke juge boleh kekal sampai bile???suatu persoalan yg payah nak dijawab..:)

Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman on December 16, 2009 at 8:42 PM said...

to Ruhainah : syukran2 ya ukhti...bolehla ana amalkan zikir tu ye..semoga dapat manfaat..:)

Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman on December 16, 2009 at 8:42 PM said...

to seyn: selamat kembali berblog ya paduka seri sultan seyn..hehehe

SITI SARAH on February 23, 2010 at 3:46 PM said...

Hrmm..., bg sy, keputusan mesti dibuat berdasarkan pertimbangan yg syumul melalui mata hati, bkn hanya mata kepala.. cth nya; klu perlu,makanya perlu utk apa? klu suka,makanya suka utk apa?Atas dasar apa perasaan kita itu yg penting...& apa tujuannya, & ke mana hala tujunya... Pastinya objektif hendaklah lillahi ta'ala... Wallahu'alam...

 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal