Saturday, October 11, 2008

Sanah Hilwah ya Abi

Tanggal 12 Oktober adalah tarikh yang pasti akan ku ingat..bukan nye tarikh hari lahir ku, bukan juga tarikh hari ulang tahun perkahwinan ku (pasal aku tak kawen lagi,cmne nak ade ulang tahun perkahwinan..heheh. Tarikh ni sebenarnye adalah tarikh hari lahir bapaku yang amat aku sayang..SANAH HILWAH YA ABI yang ke 62 fizi ucapkan kepada abah.

Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Razak...ya, itulah nama bapaku yang amat ku sayang. Lahir pada 12 Oktober 1946 di Kampung Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak. Dibesarkan dalam keluarga yang agak ramai dengan 6 orang adik beradik dimana abah adalah anak yang 2nd last. DIbesarkan dalam suasana tarbiyah islamiyah kerana bapak abah a.k.a tok ku adalah seorang ustaz di Kampung Gajah. Mungkin sebab mengikut jejak langkah tok ku, abah juga mengambil bidang yang sama iaitu dalam bidang agama.

Abah mengambil sijil agama dan seterusnye mengambil sijil perguruan untuk menjadi cikgu..Walaupun abah bukanla berkulusan ijazah, master mahupun Ph.D, tapi aku memang terlalu respect pada ilmu yang ade pada bapaku..setelah berpuluh-puluh tahun menjadi ustaz di beberape buah sekolah (termasukla mengajar aku agama ketika aku darjah 1), abah di naikkan pangkat menjadi Penyelia Pendidikan Islam di Pejabat Pendidikan daerah Hilir Perak selama 8 tahun sebelum bersare wajib. Tugas abah sebagai pendidik tak terhenti kat situ je, selepas pencen, abah mula sibuk dengan memberi kuliah0kuliah agama di masjid-masjid selain menjadi Penceramah Kursus Haji selain menjadi imam tetap di masjid berdekatan rumah aku. Now, sudah hampir 2 tahun abah dilantik menjadi Naib Qadi.

Bagi ku, abah bukan hanya menajdi seorang ustaz or guru disekolah saje, tapi dah lame ia menjadi seorang guru & pemimpin dalam keluarga ku. Mengajar anak-anaknye saat kami mula2 melihat dunia dengan menperdengarkan kami adik beradik dengan Kalimatun Toyyibah, kalimah Azan & iqamah di saat kami adik beradik mula melihat dunia ni. Pendidikan pertama yang ku dapat pabila melihat dunia ni.Bagi abah, pendidikan yang mula-mula sekali bukanla pendidikan belajar ABC mahupun 123, tapi pendidkan Al-Quran yang mula-mula di terapkan kepada kami adik beradik. Seingat aku, aku mula belajar muaqaddam (dulu takde buku iqra') since umur 4 tahun. Mula bace Al-uran ketika berumur 5 tahun dan khatam Al-Quran ketika berumur 6 tahun..itulah ajaran yang diterapkan buat kami adik beradik. Wajib khatam Al-Quran sebelum melangkah ke alam persekolahan. Aku ingat lagi, setiap kali selepas solat Zuhur, aku akan duduk di hadapan abah untuk mengaji Al-Quran. Walaupun aku tau abah keletihan selepas pulang mengajar, tapi disebabkan mahu melihat anak-anaknye lancar & pandai membace Al-Quran, abah tetap mengajar Al-Quran. Tanpa perlu rotan di tangan untuk mengajar, tapi aku tetap takut apbila nak mengaji di depan abah. Walaupun abah tak pernah marah pun bila aku salah membaca ayat Al-Quran tu, tapi aku tetap akan rase takut bile abah tegur bacaan ku..tak taula kenapa.Maybe sebab abah tegas bila mengajar aku mengaji.hehehe.


walaupun anak-anaknye dah membesar dewasa, tapi tugas abah dalam mendidik tak penah berenti pun. Aku memang banyak belajar dari abah secara langsung atau pun tak.Bagi aku, abah merupakan role model bagi terutamanye dalam pemimpin dalam keluarga. Abah tak pernah marah aku mahupun adik beradik yang lain. Tapi mungkin disebabkan ketegasan dalam kelembutan (tegas, tapi tak marah) membuatkan aku memng cukup respect terhadap abah. Aku memang teramat teringin nak ikut jejak langkah abah kerana dalam adik beradik aku, takde sape pun yang mengikut mengambil bidang agama. Tapi InsyaAllah, walaupun anak mu ni insyaAllah akan menjadi seorang engineer, tapi suatu hari nanti aku tetap akan mengikut jejak langkah mu itu..insyaAllah.

Ape-ape pun fizi nak ucapkan selamat hari lahir buat abah yang amat fizi saaayang...abah adalah abah yang paling best & paling fizi sayang.Moga Allah melimpahkan rahma kepada Allah, dipanjangkan umur abah, dimurahkan rezeki, di sihatkan tubuh badan moga abah dapat meneruskan urusan menyampaikan agama Allah ni kat masyarakat.



Disini ada sebuah lirik lagu di tujukan khas buat abah yang telah banyak berjasa & berkorban dalam menguruskan family terutamanya dalam membesarkan anak-anaknya yang begitu banyak karenah ni..syukran ya abi,jasamu terlalu banyak dan tak mampu untuk dibalas. Hanya doa & kejayaan ku dalam dalam pelajaran adalah hadiah terbaik untuk membalas jasamu.


SENTUHANMU (Inteam)

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah, tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah, tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

2 comments:

Sasha on October 17, 2008 at 10:26 PM said...

bertuah fizi dapat didikan yg hebat macam tu... semoga fizi bole menjadi anak yang soleh dan turunkan ilmu pada anak2 pada satu hari nanti...

محمد حفيظي بن حاج عبد الرحمن on October 19, 2008 at 9:08 PM said...

insyaAllah..amiinnn.
segala ilmu yang abah ana bagi ana,insyaAllah ana akan turunkan kat anak2 ana pulak nanti.

 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal