Wednesday, December 17, 2008

Subuh

Assalamualaikum...dah lame tak menghapdet blog walaupun sebenornye aku ade mase nak hapdet blog pasal sekarang ni tengah cuti..ntahla,maybe takde idea nak menaip ape kat keybod ni menyebabkan aku membantutkan niat aku untuk menghapdet blog ni. Tapi tak sedap benor rasenye bior blog ni dijaga oleh encik spiderman yang sentiase hendak membuat sawang kat blog ku ni..katenye nak buat tempat die landing berehat sementara tunggu nak menyelamatkan orang..tu yang die buat sarang labah-labah die kat blog aku ni..nak mengalo tak sampai ati pulak..tapi kalo tak halo karang mulala blog aku menjadi bersawang dan juga menjadi habitat labah2 pulak..susah2.hahaha...

Udah-udah..jangan nak merepek je encik Mohd Hafizi b. Haji Abdul Rahman...sile kembali ke landasan yang betul..ni kalau bawak kapal terbang ni konpem fail bile nak landing ni..asyik melencong je kojenye.hehe..Sebenornye entri kali aku nak berkongsi sikit pasal subuh..tapi bukanla entri ni ditujukan khas untuk insan yang bernama encik subuh..insan-insan lain juga boleh membaca & kalo nak ambik sedikit pengajaran pun boleh..takde masalah punye..

Kehidupan sebagai sorang student memang kadang-kadang meletihkan. Tambah-tambah lagi bile nak exam..kadang2 masa tido memang konpem jadi tak betul punye..yela,orang tido waktu malam, ni malam still stay up lagi kononnye hendak menyetudykan diri..'kononnye' la. Ade yang jenis lepeh isya' tido kejap pehtu tengah malam bangun sambung study sampaila ke subuh..ade yang tak tido sampai keesokan harinye..ade gak yang tido dari pagi sampai ke petang dibawak pula ke malam pehtu sambung terus sampai ke pagi besoknye..orang cmni baik takyah bangun terus lagi baik kot..hehe. Perkara tido lepas subuh ni telah menjadi rutin harian bagi seorang yang bernama encik student..termasukla aku gak. Biasela, dah malam tak tido,konpem nak qada' balik tido tu lepeh subuh kan.

Tapi setelah aku melakukan kajian yang mendalam lagi jitu, berdasarkan hipotesis, pemerhatian dan juga pengalaman aku sendiri, tido lepeh subuh ni sebenonye akan menyebabkan badan kite menjadi letih dan juga menyebabkan masa tido kite bertambah banyak..dalam erti kate yang lain,macam membuang mase gakla..

Tido lepeh subuh tu bolehla di maapkan kalo insan tu semayang subuh..ni ade gak makhluk Allah ni sedap benor tido sampai solat subuh pun lepeh..tak pun subuh gajah. Tengok, tak pasal-pasal gajah pulak yang dipersalahkan akibat kelewatan menunaikan solat subuh hingga hampir habis waktu ataupun dah habis dah pun waktu subuh tu..ape salah gajah tu pu aku tak tau sehingga orang menasabkan kesalahan kat gajah pulak.hehe.

The Prophet (pbuh) said: "There is no prayer more difficult to attend for hypocrites than Fajr and Ishaa. And if they knew what’s in them (i.e. the good reward - thawab) they would attend them even if they had to come crawling." (Narrated by Bukhari)

Ambikla pengajaran dari hadith di atas bagi yang selalu termiss solat subuh tu..janganla bagi macam-macam alasan seperti 'tak sedor'..'ngantuk benor'..'aku terlupala nak set alarm'..'alarm aku dah berbunyi tapi aku tak dengor langsung'..'jam loceng aku habis bateri waktu subuh tu, so tak berbunyila alarm aku tu'..'takde orang nak gerak kan aku subuh'..'aku tido mati,gempa bumi pun aku tak sedor'. Alasan memang bleh dicari sampai sejuta alasan pun bleh. If tak sedar maybe boleh dimaapkan lagi seklai dua,tapi kalo sampai sebulan asyik tak sedor je gamaknye memang nak kene hempuk je orang macam tu..kenela usaha nak bangun gak. Kalo susah bebenor nak bangun sendiri, suruhla member2 yang bangun solat subuh tu kejutkan.Kalo kejutkan pun tak bangun gak,suruh member kome jirus ngan ayor, konpem bangun punye.
Jangan lupe bahawa solat tu kan among 5 pillars of Islam..and the first thing amalan yang kene hisab kat akhirat tu adalah solat kite..kalo solat pun kite tak berape nak jaga, 5 kali solat dah jadi 4 kali solat..agak2 boleh ke jadi calon masuk syurga Allah tu nanti.

Aku juga nak berpesan kepada kome sume termasuk gakla kat diri aku ni kalo boleh solat subuh tu bior la berjemaah..tak dapat jemaah kat masjid,buatla jemaah kat umah ngan family or member2..rugi rasenye kalo solat sorang2 ni especially soalt subuh..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang mengerjakan solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia bersolat setengah malam. Barang siapa mengerjakan solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak) maka seakan-akan dia melaksanakan solat malam selama satu malam." (Hadis riwayat Muslim)

Tengok, betapa besornye ganjaran yang Allah bagi kat hamba-hambaNya yang buat solat subuh & isya' berjemaah..kalo boleh, setiap waktu solat berjemaah,banyak pahala dapat. Sebab ape Allah bagi banyak ganjaran bagi sesape yang solat berjemaah isya' ngan subuh adalah pasal banyak halangan untuk kite buat solat tu.
Waktu subuh kan waktu kite nak bangun tido..so memang teramat konpem la liat bebenor nak bangunnye..kalo time hujan lagila sedap nak tarik gebor tu..tapi tak sedor gebor tu jadi gebor khinzir dah. Kadang-kadang tu bile azan subuh dah terjaga dah, tapi pasal bisikan syaitan yang suruh tido balik tu lagi lunak dari azan subuh tu, maka kite pun tarik balikla gebor kite tu & terusla kite berlengkor macam ulor sawa tak sedor sampai habis waktu subuh. Ade gak yang dah terjaga, pehtu boleh plak lepak2 berfantasi jap nak cari mud nak membangkitkan diri dari tilam yang cukup empuk tu..elok hempuk je baru senang nak bangun.hehe,Pasal susah bebenor tu la Allah bagi banyak ganjaran bagi orang yang dapat bangun semayang subuh tambah pulak dapat semayang subuh berjemaah kat masjid,lagila banyak pahala dapat.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekali pun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

So renung-renungkanla diri kite ni..bagi yang selalu termiss solat subuh harap dapat membuat azam baru sempena tahun baru hijriah yang hampir tibe ni supaya dapat bangun untuk solat subuh. Bagi yang memang sentiase bangun solat subuh sorang-sorang diri dapat pulak kirenye gi ke masjid untuk solat subuh berjemaah kat masjid pulak. Takyah tunggu awal muharram pun takpe untuk mengubah diri kite menjadi lebih baik..setiap mase kite kene muhasabah diri kite & try ubah bende2 yang tak elok dalam diri kite ni kepada bende2 yang elok..supaya kite sempat menjadi insan yang terbaik di mata Allah sebelum kite dinilai kat akhirat nanti.

Sebelum stop kan jari jemari ni menekan keybod ni, layan dulu katun pasal bangun subuh ni..ambik kat http://www.ibrahzine.com/v5/ . Layan!!!

Wallahua'lam..








0 comments:

 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal