Wednesday, December 24, 2008

Darul Taqwa

Assalamualaikum..

Ketika membelek-belek email aku yang lama-lame, aku terbace 1 cerpen yg di send oleh kawan ku...cerpen futuristik pasal Darul Taqwa. Mungkin ade di antara kome yang dah penah membace cerpen ni..bagi yang belum pernah bace,bolehla bace cerpen ni...kite layan dulu cerpen ni..it's nice cerpen.
............................................................................................................................................................................
Darul Taqwa

CERPEN ISLAMIK : DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah
aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat
hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi
jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat.
Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku
Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti
didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit
kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan
duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk
Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang
sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke
sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan
yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini,
gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini
Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak
fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-
tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki
dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.
"Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang
sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda
pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik
didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya
undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya.
Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini
saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga
lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai
berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian
zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah
kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan
jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak.
Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada
jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia
yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini.
Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul
Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian
orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun
dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian
macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan
Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya
lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini
Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid
Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai
Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin
bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi
jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni?
Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas
sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang
lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat
pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu
lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh
Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia
terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia
perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di
tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan
besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima
sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia
ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di
situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi
melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya
dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan
persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam
ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas
dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi
wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita
tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.
Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangny a.
Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis,
nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah
termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada
orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan
restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia
manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani
sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?"
tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada
meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun
rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!
Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan
alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang
jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.
Macam tak lalu makan saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia
nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang
nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah
ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala
sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi
orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak
sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita
hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun
dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada
moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan
duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan.
Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan
perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan
restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya
terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....,"
kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam
negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah
campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita,
juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan
makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita
tak perlu hospital!
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?"
leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun
1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ...."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang
...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat
apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan.
Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi
kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama
Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr.
Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam
ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul
nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH
PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu
macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi,
protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin
komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti...
FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala
datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu
yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak
muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara
di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing
itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata
pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit
saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan
sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di
bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun
yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar
lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati.
Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan
tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan
tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN
SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta
anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.
Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa?
Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan
dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? " tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu
pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"
..........................................................................................................................................................................

Alangkah seronoknye kalo betul-betul ade negara Islam mcm yang digambarkan dalam cerpen ni kan..Tapi agak-agaknye secara realiti boleh ke????
Ni semua terpulang pada diri kite masing-masing kerana kite lah yang menentukan hala tuju negara kite samada mahu mengikut daulah islamiyah ataupun tak..
You must change yourself first if you want to change the world into islamic world..segala-segalanye bermula dari diri kite..especially golongan-golongan remaja mcm kite ni..Saidina Umar Al-Khattab pernah berkate "Kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan golongan remajanya pada masa kini". Tapi bagaimane dengan remaja kite pada masa kini????
Adakah golongan mat ganja, mat rempit, bohsia, penkid, perogol boleh menegakkan daulah islamiyah..for sure tak kan..

So, now it's our turn to change the community and lastly we can create the Rabbani generation. Imam al-Hudhaibi pernah berkata..."Tegakkanlah daulah Islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu". It means that kalo kite nak kan negara seperti cerpen ni, nakkan negara seperti zaman Rasulullah & para sahabat, kite tegakkan Islam dalam diri kite dulu.Tak susah pun kalo ade kemahuan..yang penting kite nak melakukan perubahan dalam diri kite kepada yang lebih baik..

So sempena ngan Tahun baru hijriah yang akan kite sambut beberapa hari lagi ni,elokla kite berazam untuk mengubah diri kite dari tak elok kepada elok, dari elok kepada yang lebih elok..InsyaAllah.

Wassalam.




3 comments:

Ghuroba' on January 4, 2009 at 12:37 AM said...

Islam is perfect.

Ghuroba' on January 4, 2009 at 12:38 AM said...

Don't forget to view my site.

Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman on January 4, 2009 at 4:34 PM said...

yups..islam is perfect..
insyaAllah i will visit ur site..
keep on writing for the sake of ummah..

 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal