Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul


12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Sape yang ingat tarikh tersebut angkat tangan? hehe. Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,utusan terakhir Allah dimuka bumi untuk umat manusia. Bagi semua kaum muslimin di seluruh Malaysia pasti akan mengambut dengan berselawat ke atas junjungan besar kita sepanjang hari. Banyak acara akan diadakan di Malaysia dan yang menjadi kewajipan adalah perarakan umat Islam seluruh Malaysia. Tapi bukanlah acara perarakan ni menjadi satu kewajipan untuk kita menyambut Maulidur Rasul ni..kerana yang penting adalah bagaimana kita menghayati seerah perjuangan Baginda dalam menegakkan agama Allah..bagaimana kite hendak mengikut akhlah Rasulullah yang terpuji tu..tak gune hanya sekadar berarak membawa sepanduk, tapi kalau sunnah Baginda pun kite tak nak ikut.

Pengorbanan baginda memang tidak dapat disangkal lagi. Semuanya untuk umatnya tercinta. Baginda dah memberikan seluruh jiwa, raga dan harta untuk Islam dan umatnya, sehinggakan sebelum baginda wafat pun, Baginda still menyebut umatnya.Baginda juga menjadi ikutan (role model) bagi setiap aspek baik dari segi kekeluargaan, pemimpin dan keagamaan.

Oleh itu, ayuhlah kita sama-sama merenungi dan menghayati pengertian di sebalik sebuah sambutan majlis Maulidur Rasul. Banyakkan amalan yang sememangnya kurang ni. Sentiasa berselawat pada junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W.

Wallahu a'lam.




0 comments:

 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal