Saturday, February 7, 2009

Politic in Malaysia

Assalamualaikum...
Kembali lagi merajinkan jari jemari ni untuk menaip post baru walaupon suppose kene study pasal next week ade 2 test menunggu aku iaitu autotronics ngan engineering ethics..tak bace ape-ape lagi.Tapi takpe,aku tetap relax & cool je.Test je pun.hehe.kali ni aku nak berbicara tentang politik kat Malaysia ni..nampaknye politik kat Malaysia ni dah jadi huru hara dah sekarang..dah jadi hampeh..especially dengan kes baru ni yang berlaku di negeri tempat kelahiran aku sendiri iaitu Perak.

I can't just be in silence,zipping my mouth ignoring what is happening in Malaysia. Bila masuk isu Gaza,kita boleh bersatu.Tetapi mengapa apabila mebicarakan hal politik Malaysia,ramai yang mengambil langkah untuk berdiam diri je?Tak mahu ambil pusing.Ada unsur diskriminasi disini..Hurmm...

Apakah kekejaman yang berlaku di Gaza lebih superior dengan ketidak adilan yang berlaku di Malaysia ?If the answer is yes,does that justify our actions to ignore the crisis in Malaysia and other parts of the world that needs attention?Apakah perkataan 'politik' menjadi suatu perkataan taboo dalam kamus hidup anda?Atau tanah air Malaysia,dimana tinggalnya keluarga,sanak saudara,dan teman-teman memang sebenarnya tidak dekat di hati anda semua? Kite juga kene consider future keluarga dan anak-anak yang bakal dibesarkan di Malaysia bagi mereka yang akan mendirikan rumah tangga di masa depan.Apakah dakwah anda hanya untuk selected people,and on selected issues only?

Soalan-soalan yang aku ajukan tu hanya untuk muhasabah diri kite balik. Kite kene fikir balik sejauh mane kite ni bersungguh-sungguh dalam memperjuankan something. Semua orang mengakui Islam itu syumul..lengkap merangkumi segala aspek kehidupan dan zaman. Tapi takkan kite just mengakui & percaya je..kite kene yakin betul-betul. So,are we on the right track,in the right tune now?

Jika ade certain-certain korang yang jahil tentang politik & isu semasa, so now korang kene berubah..kene ambik tahu jugak ape yang berlaku di sekeliling kite ni.Aku pun idakla pro sangat dalam politik ni..hanya sekadar tahu ape yang dah berlaku kat sekeliling kite ni dah cukup sebenarnye.

Jalan dakwah memang akan ada ranjau dan onaknya.Lihat saje sirah Rasulullah SAW dan para nabi yang terdahulu.Dakwah Baginda mesti ade ujian dan cabaran..mesti ade 'ujian pengukuhan iman dan taqwa' yang diturunkan Allah untuk hamba-hambaNya.Dan ingatlah,bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan sabar.

Jika korang masih cintakan agama,bangsa dan negara,janganlah menidakkan kepentingan politik dan isu semasa ini dalam kehidupan harian kita.Korang boleh lihat persamaan yang ada antara Malaysia dengan Palestine,yakni krisis Politik dan Kepimpinan.Imagine our future are controlled by bad leaders.Kalau anda fikir anda masih mampu untuk survive,fikirkan pula keadaan anak cucu kite nanti..nak ke kite tengok anak cucu kite suffer pada masa akan datang?????

Kalau masih tidak setuju juga,terpulanglah...



Aku tidak menyokong mane-mane parti politik..tapi hanya memikirkan nasib orang Melayu dan Islam di bumi Malaysia ni.Ape yang berlaku di Perak ade Pro & Cons die...Aku taknak melihat orang melayu terabai di bumi sendiri..aku taknak Islam dicabar oleh musush-musuh Islam yang sentiase menunggu mase untuk menghancurkan Islam. Bagi sesiape saje yang diberi amanat untuk memerintah, seharusnye mereka memikirkan betapa beratnye tanggungjawab yang Allah dah bagi kat dorang untuk menjadi pemimpin masyarakat..dan mereka perlu ingat,kat akhirat nanti nereka akan disoal ape yang mereka buat time mereka jadi pemimpin tu. So kepada pemimpin2 sume, kalo taknak rase diri di azab oleh Allah disebabkan kelalaian dan kegagalan kite dalam memimpin kenela buat kerja tu Lillahi Taala..bukan kerana jawatan,bukan kerana pangkat, dan bukan kerana wang.

Entri ini bukanlah mahu menghentam sesiapa,namun cukuplah untuk memberitahu dan mengajak rakan-rakan untuk menjadi seseorang yang cakna dengan isu semasa,tidak kiralah sama ada ini isu politik,isu agama,pendidikan dan sebagainya.Aku bercakap disini sebagai seorang rakyat yang risaukan tanah airnya akan menjadi lebih tidak terbela,melihatkan krisis politik dan kepimpinan di Malaysia saat ini.

Wallahu A'lam.

7 comments:

Syammil on February 7, 2009 at 5:27 PM said...

pzan..hg kena stdy.kalau x cmna gaco nak tiru hg time exam nnt?

aku sokong apa yg hg ckp ni.1st time hg bijak.haha aku pn xkesah sgt sapa yg jd gov.yg pnting hak2 istimewa melayu dan islam terbela. tgk kt kedah nmpk ok ja.ust azizan tu pndai.dasar2 dia byk untungkn melayu dan islam.gov cmni yg patut kita sokong..

Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman on February 7, 2009 at 5:47 PM said...

test nnti aku nak duduk sblh hang ok x syammil..asyik abu je duduk sblh hang..mane bleh..aku pun nak dean list gak sem ni.haha.gaco dh power..tak perlu tiru aku pun.hehe

salah 1 sebab kedah tu stabil & memntingkan org melayu psl majoriti exco kedah org melayu..tapi exco perak dulu majoriti org cina..so tu pslla hak2 org melayu macam terabai..& Ir nizar pun takde kuasa penuh nak buat keputusn..sume kene rujuk exco lain.tu yang susah tu.

aku tak kesah sape pun yg pegang..BN ke,PAS ke janji hak2 org melayu terjaga & boleh develop perak..takla mundur.

Ghuroba' on February 7, 2009 at 6:40 PM said...

sampai bile kita mahu bergantung pada hak keistimewaan semata-mata? bukankah kita disuruh berdikari? Tapi ni tak bermakna aku sokong penghapusan hak keistimewaan org melayu, sebab aku pun berketurunan melayu islam. cuma, org melayu patut tunjukkan rasa syukur dgn adenye hak2 keistimewaan, gunakan sebaik mungkin. bukan time org cina dah naik, baru nak sibuk2. lagi satu, kita semua sama di sisi Allah, semua lahir dr Adam dan Hawa tak kire melayu, cina, india, pakistan dan lain2.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." -al Hujurat, ayat 13-

Kenapa pemimpin2 melayu tak boleh bersatu? Hanya kerana perbezaan pendapat? Why do we see grown men fighting like little kids? Tepuklah dada, tanya iman. Wake up my brothers, kembalilah kpd ajaran alQuran. Its time to put away our differences. wallahua'lam

Syammil on February 7, 2009 at 6:46 PM said...

umno penah offer pas utk form state gov dulu.tp pas xmau.rela join dgn dap.last2 ni la jdnya..

cmna nk bersatu sbb terang2 beza pndapat.satu mau ketuanan melayu sbb ni tanah melayu.satu lg mahu ketuanan rakyat.hak sama rata..

kalau sama rata nnt melayu malaysia jd cm mlyu singapore.keja kt kedai makan ja

Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman on February 7, 2009 at 6:57 PM said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman on February 7, 2009 at 6:59 PM said...

hak-hak orang melayu mesti kite tahankan..mungkin orang lain bleh ckp sampai bile orang melayu nak diberi keistimewaan..sampai bile2 pun orang melayu takkan berdikari...tu mmg aku akui..
tapi kite kene ingat & kene tahu bangsa melayu bukanya cekal sangat..melayu masih memerlukan tongkat dan masih memerlukan masa untuk menyedari bahawa hak2 kite kian luput dan terhapus akibat kemalasan sendiri.. tak macam bangsa cina..mereka sedar mereka adalah pendatang dan mereka sedar mereka tak punya apa2 sekiranya mereka tak berusaha.. aku sedar dan aku harap sangat agar suatu masa nanti bangsa melayu akan sedar.
Kalo takdela hak istimewa orang melayu,mungkin kite sekarang ni takkan duk blajo kat U,mungkin kite skrg ni keje2 kontrak buat bangunan..pasal teramat susah nak masuk U kerana terpakse bersaing ngan orang2 cina ngan india.

Kite boleh bersatu..tapi just ketepikan ideologi politik demi bangsa & agama.Baru orang melayu boleh bersatu..selagi minded org melayu yang terlampau ekstrim terhadap parti2 politik,selagi tu kite takleh bersatu.

Ghuroba' on February 8, 2009 at 3:05 PM said...

“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah”
ref: ntah aku tak ingat dr mana aku dpat.

 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal