Akedami Al-Quran (AQ) musim ke-3 baru melabuhkan tirainye musim ni…& ternyata nasib dan rezeki telah berpihak kepada saudara Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin mengatasi 3 lagi peserta akhir AQ iaitu Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Syamsul Abu Hasan As-Shaari dan satu-satunya peserta muslimat, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.
Mohd Fakhrul yang berasal daripada Kedah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta sebuah kereta Proton Saga dan piala kristal berbentuk al-Quran. Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman yang berasal dari Perak pula diisytiharkan sebagai Naib Johan. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000. Sementara itu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman telah memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Seorang lagi finalis yang bertanding pada peringkat akhir Akademi Al Quran dan memenangi tempat keempat ialah Syamsul Abu Hassan As-Shaari yang berasal dari Perak.
Peserta akhir AQ dinilai daripada aspek qiraat, taranum, tajwid dan fasahah. Juri AQ3 ialah bekas johan qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Radzi Kamarul Hailan selaku juri taranum, pensyarah Darul Quran, Zamri Mohd Zainuddin dari aspek tajwid dan fasahah dan juga juri bahagian qiraat, Nazri Abdullah.
Memang seronok ana rase tengok final malam tu…bacaan quran kesemua peserta sume mantop-mantop..pastu sedap pulak tu. Ana rase rugi sungguh sape yang tak tengok or tak penah tengok langsung AQ ni pasal program ni boleh menambahkan pengetahuan kite tentang qiraat quran, hukum-hukum tajwid dan juga tarannum quran. Daripada tengok program reality yang nyanyi tu rasenye lebih baik tengok AQ ni…ilmu dapat, pahala pun dapat pasal kite dengor orang bace quran.
Berbanding ngan program reality especially nyanyi..pemenang program itu akan mengorak langkah lebih jauh sebagai artis syarikat rakaman atau menjadi pelakon. Namun, situasi berbeza akan dialami oleh pemenang Akademi Al-Quran. Pemenang AQ ni bukan saje boleh glemer macam artis, tapi mereka sebenarnye telah melakukan satu usaha untuk memartabatkan dan menghidupkan kembali budaya membaca al-quran terutamanye dikalangan remaja mase kini.
Bile tengok AQ ni..ana lagi rase berkobar-kobar nak sambung ke bidang qiraat quran. Ana dah lame berminat nak belajo qiraat ni..tapi just tak berkesempatan & takde mase sangat je..adela tau sikit je..tu pun ana blajo dari abah ana. InsyaAllah, diberi kelapangan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan jalan, ana akan sambung nak ambk diploma qiraat quran plk lps ni..moga Allah permudahkan urusan ana ni..
Disini ana nak kongsi sikit ilmu tentang imam-imam qiraat yang masyhur. Secara dasarnya qiraat adalah bacaan al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat tujuh jenis qiraat iaitu Nafi’, Ibnu Khatir, Abu Amru, Ibnu A’mir, A’sim, Hamzah dan Kisaie. Qiraat yang biase kite guna kat Malaysia ni adalah qiraat dari riwayat Hafs, tok gurunya adalah Imam A'sim. Imam A'sim ni telah berguru dengan Abu Abdul Rahman dan Abu Andul Rahman ni telah belajar qiraat dengan para sahabat Nabi seperti Saidina Uthman Ibnu Affan, Abdullah Ibnu Mas'ud, Zaid Bin Thabit, Saidina Ali Ibnu Abi Talib dan juga Ubai bin Kaab yang dimana para sahabat ni telah belajar qiraat quran dari Rasulullah SAW. Disni ade beberape profil @ riwayat hidup beberape imam-imam qiraat yang masyhur:
Imam Ibnu 'Amir
Nama: Abdullah b. 'Amir b. Yazid b. Tamim b. Rubai'ah b. 'Amir b. Yahsobi
Tarikh lahir: 21 H. Setengah pendapat mengatakan pada tahun 8 H.
Tahun wafat: 118 H.
Kinayah: Abu Imran.
Keistimewaan:
Imam Qiraat masyarakat Syam, Gabenor, qadi dan Imam di Damsyik
Terbaik dikalangan Muslimin tabi'in
Anak muridnya:
Hisyam dan Ibnu Zakwan
Hisyam
Nama: Hisyam b. Umar b. Nasir b. Maisarah al-Silmi al-Dimayshqi
Tarikh lahir: 153 H
Tahun wafat: 245 H
Kinayah: Abu al-Walid
Keistimewaan:
Imam penduduk Damsyiq. Khatib, Guru Qiraat dan Pemidato di Damsyiq. Seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan adil.
Ibnu Zakwan
Nama: Abdullah b. Ahmad b.basyar(Basyir) Ibnu Zakwan b. 'Amru
Tarikh lahir: 173 H
Tahun wafat: 242 H
Kinayah: Abu 'Amru @ Abu Muhammad al-dimasyahqi.
Keistimewaan:
Imam yang masyhur dan dipercayai di Syam, Imam masjid Dimasyhqi
Imam 'Asim
Nama: 'Asim b. Abi Najud (Abdullah)
Tarikh wafat: 127 H di Kufah
Kinayah: Abu Bakar
Keistimewaan:
Salah seorang dari imam Qiraat tujuh, Dari kalangan tabi'in, Pakar dalam ilmu tajwid dan fasohah Mempunyai suara yang merdu
Guru-gurunya:
Abi Abd Rahman Abdullah b. Habib b. Rabi'ah, Abi Maryam Zurb. Habish b. Habasyah, Abi 'Amru Saad B. Ilyas.
Anak muridnya:
Hafs b. Sulaiman, Abu Bakar Syu'bah b. 'Ayash, Aban b. Taghlab, Hammad b. Salamah
Anak muridnya yang masyhur ialah Syu'bah dan Hafs
Syu'bah
Nama: Syu'bah b. 'Ayash b. Salim al-Hannat al-Asadi an-Nahsyaly al-Kufi
Kinayah: Abu Bakar
Tarikh lahir: 95 H
Tahun wafat: 193 H
Keistimewaan:
Imam besar di Kufah, Ulama' di kalangan Ahli Sunnah di Kufah. Telah khatam al-quran 18 ribu kali
Guru-gurunya:
'Asim b. Abi Najud, A’to b. Saib, Aslam Munqary
Anak murinya:
Abu Yusof Yaakob b. Khalifah, Abd Rahman b. Abi hammad, Yahya b. Muhammad, Urwah b. Muhamad
Hafs
Nama: hafs b. Sulaimanb. Al-Mughirah
Kinayah:Abu Umar
Tarikh lahir: 90 H
Tahun wafat: 180 H
Keistimewaan:
Berguru dengan 'Asim iaitu bapa tirinya, Pakar dalam Ilmu Qiraat.
Gurunya: 'Asim b. Abi Najud
Muridnya:
Hussin b. Muhamad Maruzi, 'Amru b. as-Sobah, 'Abid b. As-Sobbah
Imam Nafi'
Nama : Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im
Kuniyah : Abu Ruwim atau Abu Hassan atau Abu Abdul Rahman
Asal : Asbahan
Sifat-sifat peribadinya :
Berkulit hitam, Wajah yang mudah tersenyum, Berakhlak mulia, Suka bersenda gurau, Imam Qiraat di Madinah, Bertalaqi dengan 70 orang Imam Tabi'in,antaranya :
Abu Jaafar, Syaibah b. Nasosh, Muslim b. Jundab, Yazid b. Ruman, Muhammad b. Muslim b. Syihab, Abd. Rahman b. Hurmuz.
Tarikh Lahir : Dalam lingkungan tahun 70 H.
Tarikh Wafat : 169 H.
Di antara yang mengambil sanad dengan Imam Nafi' ialah :
Imam Malik b. Anas, Imam al-Laith b. Saad, Abu Amru b. 'Ala, Isa b. Wardan, Sulaiman b. Muslim b. Jammaz.
Rawi yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi' ialah Qalun dan Warsh.
Qalun
Nama : 'Isa b. Mina b. Wardan b. 'Isa b. Abd. Samad b. Umar b. Abdullah ar-Zarqi
Tarikh Lahir : 120 H.
Tarikh Wafat : 220 H.
Nama Kedua : Abu Musa
Gelaran : Qalun
Nasab : Anak tiri Imam Nafi'
Ciri-cirinya :
Mula bertalaqi dengan Imam Nafi' ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun.
2 comments:
ustaz shamsul tu ustaz sy dulu!!
awk dulu smka kerian kan..sama ngan syamsul la..
syamsul tu sama2 ngan sy tadarus kebangsaan waktu skolah rendah..
Post a Comment