Wednesday, December 16, 2009

1..2...Jus

Salamun alaik...

Kenapa la tibe2 je aku menjadi rajin nak menghapdet blog seperti rajinnye gaban yang nak menolong penduduk2 jepun yang dalam bahaya akibat kedatangan raksasa huduh..hehe. Padahal berlambak lagi keje pending yg aku perlu setelkan especially research proposal master aku yg tak sentuh2 pun lagi..bukan kate nak menaip proposal, tajuk pun sepatah haram tak terlintas di pikiran aku lagi nak wat tajuk pe. Jenuh dah aku memerah kepala otak ni hampir penuh baldi untuk dapatkan idea..tapi x sampai2 gak tu.Gamaknye jem kat Federal Highway kat area Petaling Jaya kot...tu belum dikire salah jalan & terpakse men U-turn hampir 15km dihadapan akibat takde tempat U-turn..tu yang lambat sampai tu kot..haha.

Aku nak cite bende lain sebenornye ni..biasela, muqaddimah kene menyimpang sikit dari arah tujuan aku nak cite ni.baru rase best nak bace..hehe. Kali ni aku rase aku nak bukak topik pasal kelebihan saf pertama dalam solat jemaah..Ramai orang memandang remeh bende ni...mereka tak merase besar ganjarannye bile bersembahyang di saf pertama..dan peristiwa ni dah banyak kali dah rasenye aku alami bile nak stat semayang jemaah kat masjid..dan baru2 ni pun berlaku lagi.

Menjadi kebiasaan aku bile dah balik keje dah nak dekat maghrib, aku akan solat maghrib kat masjid berhampiran apartmet aku sebelum balik umah..kalo de majlis ilmu stay la sampai isya'...tu pun kalo aku x tdo opis..kalo tdo opis al-maksudnye..takleh balik umah la..tu je.hehe. Seperti biase keadaan disemua masjid pabila muazzin melaungkan iqamah untuk mengajak jemaah membentuk saf untuk bersembahyang..maka bangunla semua jemaah yang ade di masjid tu membentuk beberape saf dalam masjid tu sebelum menunaikan sembahyang maghrib..dan aku berada di saf kedua waktu tu..tengah2 nak membetulkan saf, saf pertama kosong & cukup untuk seorang jemaah di saf kedua kedepan untuk memenuhkan saf pertama tu.Suppose orang yang berada di saf kedua betul2 di belakang ruang kosong tu la yang sepatutnye kedepan memenuhkan saf pertama tu..Tapi dengan penuh kesopanannye die mengoffer orang disebelah kirinye untuk kedepan..baik sungguh orang ni sanggup menyedekahkan pahala saf pertama yang supposenye die boleh dapat kat orang sebelah kirinye pulak..orang disebelah kirinye juga tergolong dalam golongan orang yang baik ati lagi bersopan santun sambil tersipu-sipu malu mengoffer kembali tempat saf pertama tu kat orang tadi..mungkin die pikir die dah pueh dah semayang kat saf pertama..so bagi kat orang lain la pulak nak tambah pahala..Adegan tolak menolak offer untuk bergerak ke saf pertama tu berlarutan selama beberape minit..

Ish...takleh jadi ni..pikir aku yang berada di kedudukan ke-3 sebelah dua orang yang baik lagi sopan yang tengah main 1 2 jus sape yg nak bergerak ke saf depan.huhu.. Aku gerak la ke saf depan tu. Kalo aku tunggu dorang sampai bile2 pun saf pertama tu kosong akibat orang belakang taknak penuhkan saf depan tu..

Tu lah orang kite, tak pernah nak merebut peluang untuk berada di saf pertama bila solat jemaah..especially bile time solat jumaat..datang punye la sejam awal ke masjid..Tapi duk mlepak kat luor makan pisang berangan sambil berangan bile la Tiz Zaqiyah nak masuk meminang die..haha. Kalo masuk dalam masjid pun, duk saf belakang skali, tak pun duk nyandor tepi dinding atau tiang. 5 saat lepeh menyandor tu, terus meroloh..hehe.kome tau ke pekebendenye meroloh tu???????mesti kome tak tau ni kan..haha..suatu perbuatan yang mengeluarkan cecair & kadang2 bunyi dimulut dengan keadaan mata terpejam.huhu.

Berkata Al Barak bin ‘Azib r.a Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah (swt) dan malaikatnya merahmati (dan memohon) rahmatnya ke atas mereka yang dekat dengan saf yang pertama, dan tidak ada langkahan yang amat disukai oleh Allah (swt) dari langkah yang membawa ia kepada saf (sembahyang jemaah).

Sabda Nabi lagi..

Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah : Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan. (Riwayat Muslim)

Tapi kite tak pernah nak teliti & ambil pengajaran daripada hadis Rasulullah ni. Bagi kite, saf pertama tu hanya sesuai untuk golongan orang2 tua je..or orang2 yang alim je..kite yang rase mcm umur ni muda lagi & ilmu agama yang tak berape tinggi ni tak layak nak duduk saf pertama. Takkan la nak tunggu dah sampai dah tak larat jalan baru nak semayang saf pertama ye tak.Ntah2 time tu nak g masjid untuk sembahyang berjemaaah pun dah tak mampu rasenye.

Hadis Abu Hurairah r.a:Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi…



Betape pentingnye & banyak kelebihan saf pertama ni sampai kalo kome sume tau kome berebut-berebut nak ambik peluang sembahyang saf pertama..sampai nk kene mengundi lagi.Ingat bile Pilihanraye umum je ke baru boleh mengundi..nak solat saf pertama pun bnak kene mengundi.Tapi dalam pikiran tuan2 & puan2 skalian..agak2nye zaman sekarang ni boleh jadi ke orang berebut2 nak semayang saf depan ye????kalo berebut nak duk saf depan dalam konsert tu aku percaye gakla..hehe

Berkata Abu Umamah, bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah (swt) dan malaikatnya berselawat ke atas (mereka yang berada di dalam) saf pertama. Berkata (para sahabat) wahai Rasulullah (saw) dan ke atas saf kedua (juga)? Rasulullah saw bersabda lagi, bahawa Allah (swt) dan malaikat yang berselawat ke atas (mereka yang berada di dalam) saf pertama. Berkata (para sahabat) Wahai Rasulullah (saw) dan ke atas saf kedua (juga). Rasulullah bersabda lagi, bahawa Allah (swt) dan malaikatnya berselawat ke atas (mereka yang berada di dalam) saf pertama. Berkata (para sahabat) Wahai Rasulullah saw dan ke atas saf kedua (juga). Lalulah Rasulullah saw bersabda, dan ke atas saf kedua (juga). Rasulullah saw bersabda pula, betulkan saf-saf kamu, betulkan bahu-bahu kamu, dan lembutkan (bahu ketika dibetul oleh) tangan-tangan saudara kamu. Tutuplah perenggang, sesungguhnya syaitan memasuki di celah-celah kamu seperti Hazap yang dimaksudkan dengan anak kambing yang kecil.

Selepas tiga kali sahabat bertanya tentang saf kedua barulah dijawab oleh Rasulullah s.a.w.

Makmum yang berada belakang imam mendapat pahala 100 kali sembahyang, di sebelah kanan imam mendapat pahala75 kali sembahyang dan di sebelah kiri mendapat 50 kali sembahyang. Yang lain-lain mendapat 25 kali pahala sembahyang. Makmum yang tepat berada di belakang imam, hendaklah seorang yang tahu dalam masalah ibadah yang sedang dilakukan. Mereka harus bertindak tepat pada saat imam batal, salah, lupa dan sebagainya. Bila perlu ia berhak menggantikan imam. Hendaklah orang yang berada dekat imam (belakang, kiri dan kanan) itu cukup umur dan pandai agama.

Banyak lagi hadith2 yang menerangkan betapa besarnye ganjaran & kelebihan jika kite berada dalam saf pertama ketika solat berjemaah. Maka terpulang la kepada diri kite sendiri samada kite nak merebut ganjaran dari Allah tu ke tak.Tepuk dada, tanya iman kite..:)

I would like to take this opportunity to wish all muslim brothers and sisters Salam Maal Hijrah 1431 Hijriah..May this year will bring us more Barakah, Rahmat & Happiness from Allah..& benefits from knowledge Allah has bestowed upon us..Ameen.

Wassalam.


Read rest of entry

Sunday, December 13, 2009

Boleh Jadi Kamu Menyukai Sesuatu..........

Tentu saje Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku. Bukankah Allah s.w.t ada memperingatkan hamba-hambaNya dengan Firmannya yang bermaksud:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 2/216)

Sebenarnya, ada perasaan yang begitu begitu berat dalam ati ku ni...pikiran aku serabut,ati aku tak tenang..macam2 aku pikirkan..soal kerjaya, soal sambg master, soal hubungan..sumenye bercampur dalam kepala otak aku ni..dan sumenye datang secara serentak pulak tu..sumenye perlu aku pikir & selesaikan satu persatu..

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu….Takdirkanlah yang terbaik untuk ku…aku buntu sekarang ni ya Allah...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Siapa yang mengalami kesusahan dan kesedihan hendaklah dia berdoa dan mengucapkan kalimah-kalimah berikut:

أَناَ عَبْدُكَ ابْنُ عَبْدِكَ ابْنُ أَمَتِكَ فِيْ قَبْضَتِكَ ، ناَصِيَتِيْ بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ نُوْرَ صَدْرِيْ وَرَبِيْعَ قَلْبِيْ وَجِلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ


“Ya Allah, aku adalah hambaMu, anak hamba lelaki dan hamba perempuanMu, diriku berada di dalam genggamanMu, jiwaku berada di tanganMu, hukum Mu berlaku pada diriku, keadilan keputusanMu berlaku terhadap diriku, aku memohon kepadaMu dengan menyebut semua Asma’Mu yang Engkau namakan diriMu dengannya atau Engkau turunkan dalam kitabMu atau Engkau mengajarkannya kepada seorang di antara makhlukMu atau Engkau memeliharanya di dalam ilmu ghaib di sisiMU. Jadikanlah al-Quran sebagai cahaya dadaku, kebahagiaan hatiku, penghapus kesedihanku dan pelenyap kesusahanku” Maka, seorang dari satu kaum berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang yang rugi adalah orang yang tidak membaca doa tersebut.” Nabi s.a.w menjawab: “Benar, kerana itu ucapkanlah selalu doa tersebut, dan ajarkanlah (kepada orang lain), sesungguhnya orang yang mengucapkan do’a itu kerana memohon apa yang terkandung di dalamnya, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihannya dan melestarikan kegembiraannya” (Sahih Kitab al-Azkar Wa Dha'ifuhu, Sheikh Salim al-Hilali. Hadith ini sahih kerana banyak syahidnya)

Aku memohon dari Allah untuk kekuatan perasaan ku dalam menghadapi segala ujianMU....
Read rest of entry

Wednesday, December 9, 2009

I TURN TO YOU

Oh, Allah,

I turn to You because You know everything, even what is hidden.

If what I am doing is good for me and my religion, for my life now and hereafter, then let the task be easy and blessed.

If what I am doing is bad for me and my religion, for my life now and hereafter, then remove me from that task.

Read rest of entry

Thursday, September 17, 2009

Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum…

Dah 2 bulan lebih dah jari-jemari ni tak menaip di keybord utk mencoretkan sesuatu kat blog ku ni..tak sekerap seperti waktu zaman aku belajar dulu. Sekarang semuanya dh berubah. Kehidupan aku sedikit sebanyak dh berubah bile aku dh stat keje. Yang boleh aku ckp skrg, I miss my “student life” dulu..especially in Ramadhan season. Berbuka pose sama2 ngan member-member, solat terawih jemaah, aku boleh khatam 30 juzuk dlm bulan ramadhan, dgn senang aku boleh qiamullail tiap2 malam..tak pernah ad rase malas. Tapi skrg dh totally change bile aku dh keje. Tak dapat lagi berbuka pose ngan memer-member, kadang2 aku hanya berbuka pose dalam kete, tengah jalan dengan hanya meneguk air liur aku sendiri disebabkan jalan jem.hehe. Kadang-kadang nak berjemaah semayang terawih pun terlepas akibat balik keje pun dh pukul 10 malam. Bace quran pun x dapat nak habiskan 1 juzuk sehari. Teruknye kualiti ramadhan aku tahun ni..tu memang aku akui nye. Tapi aku masih cube sedaya upaya aku untuk merebut peluang yang Allah dh beri kat aku pada penghujung Ramadhan ni..rase rugi sangat kalau aku tak grab peluang ni walaupun kadang2 bz ngan hal duniawi.

Tahun ni adalah ramadhan ke 23 buat aku. Aku tak ingat sejak umur bila aku start berpose penuh. Walaupun waktu kecik2 dulu mak aku upah satu hari penuh, dapat rm 1. Tapi, yang pasti Allah dah beri peluang sebanyak 23 kali kat aku untuk aku merasai hidup di bulan ini yang penuh barakah ni. Bulan Ramadhan adalah madrasah tarbiyah yang terbaik untuk semua umat manusia. Ramadan gak adalah saat terbaik untuk kite kembalikan hati kite kepada fitrahnya. Suppose kite wajib grab peluang beribadah dalam bulan Ramadhan ni untuk kite isi hati kite ni ngan makanan ibadah. Yang kite kejar dalam bulan Ramdhan ni bukanlah sales baju-baju raye, sales kueh raye mahupun makanan berbuka pose kat bazaar ramadhan tu, tapi yang seharusnye kite kejar adalah pangkat besar yang Allah akan bagi kat kite iaitu pangkat takwa.

Allah berfirman, maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)


Di penghujung Ramadhan ni terutamanya di 10 malam terakhir ni seharusnye kite rebut peluang untuk lebih beribadat kepada Allah kerana Allah dah janjikan di 10 malam yang terakhir Ramadhan ni terdapat 1 malam yang kemuliaan & keberkatannye lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul qadar. Sepatutnye kite grab peluang 10 malam terakhir Ramadhan ni ngan lebihkan bertahajjud, berzikir & membaca Al-Quran. Tapi senario umat akhir zaman bile tibenye penghujung Ramadhan ni, mereka lebih berlumba-lumba pergi ke shooping kompleks untuk membeli persiapan raye, berpenat lelah mengemas rumah untuk menghadapi hari raye. Tak tido malam untuk membuat kueh raye. Penat lelah hanya untuk menghadapi raye yang rata2 hanya disambut dalam mase seminggu lebih je. Kan ke bagus kalo kite berpenat lelah dalam beribadah dalam bulan Ramadhan ni kerana penat lelah ibadah kite tu mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah.

Sebelum berakhirnye Ramadhan tahun ni, elokla kite muhasabah diri kite balik adekah cukup pengisian ibadah kite dalam bulan Ramadhan ni atau hanya sama je seperti bulan-bulan yang lain..yang kite hanya dapat adalah ketidakseronokan akibat perut lapo dan keseronakan ketika berbuka..tapi kemanisan ibadah dalam bulan ramadhan ni kite tak rasa langsung. Rugi sungguh rasenye kalo kite tak merasai halawatul ibadah dalam bulan barakah ni.

Setakat ni saje ngomelan ku setelah sekian lame ‘berehat’.

Salam Penghujung Ramadhan & Selamat Hari Raye…maap atas segala kesalahan.






Read rest of entry

Thursday, June 25, 2009

Satan Tricks (Part 1 & 2)

Assalamualaikum..

For this post i just want to share about this video..it's a good video about how syaitan do the tricks to mislead the human everyday in our life. Maybe some of u have watched this video and maybe not. So i think it's good to share with all of u.Hope u can get some lessons from this video.

Allah said in Al-Quranul Karim:

Satan said:"because thou has thrown me out of the way, I will lie in wait for them on thy straight away". " Then I will assault from before them and behind them, from their right and their left, Nor wilt thou find, in most of them gratitude (for thy mercies)." (Al-A'raf : 16-17)









Wallahu a'lam..next time i will to upload the other parts for this video.


Read rest of entry

Tuesday, June 23, 2009

.....

Aku Pasrah Segalanya.......

Allah knows what the best for me...


Read rest of entry

Perginya Permata Dakwah : Syeikh Dr Fathi Yakan


Dunia dikejutkan dengan pemergian seorang permata dakwah yg cukup hebat bagi aku iaitu Syeikh Dr Fathi Yakan pada 13 Jun yg lalu. Mungkin ramai yang tak mengenali nama ni...or mungkin ade gak yg pernah mendengar nama ni.

Arkitek dakwah & gerakan Islam ini dilahirkan di Tarablas pada 1933 dan mndapat ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengajian Islam dan bahasa Arab dari sebuah universiti terkemuka walopun di peringkat master & degree beliau mengambil bidang engineering. (Hope to be like him...)

Karya agung beliau "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" memang teramat best utk dibace bagi sesiape yg mencintai dakwah islamiyah..Mungkin kalau kome ade kelapangan blehla try cari buku ni samada kt kedai buku or kat internet je..rasenye tak rugi kalo kome bace ni.


Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini dah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan kat dunia ni. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya. Al-Fatihah....


Read rest of entry

Friday, June 12, 2009

Cinta di Rumah Hassan Al-Banna


Assalamualaikum...

“Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya.-Hasan Al-Banna-

For those who have not yet read the book “cinta di rumah hassan al banna”..you should grab one..we can see how ISHAB( imam syahid hassan al banna) way in educating his children.. good for thoose who are/will be/ waiting to be parents.

Anak2 Imam Syahid Hassan Al Banna :

Wafa, Ahmad Saiful Islam, Dr. Tsana, Ir. Roja’, Dr. Istisyhad(yang memburu syahid) & Dr. Halah.

Antara kisah2 buku ini yg boleh aku simpulkan ialah:

Praktik Tarbiyah Hasan Al Banna kepada anak-anaknya.

1. Makan bersama- is a priority

2. Tidak pernah meniggikan suara di dalam rumah

3. Bangunkan Aku Tujuh Menit Lagi………

- Though Imam Syahid Hassan Al Banna is busy but he always make time for those who need him

4. Ayah membawakan bekal ke sekolah( showing concern)

-“Aku ingat, ayah (semoga Allah merahmatinya) biasa membawakan makan pagi ke sekolah taman kanak-kanak, ketika usiaku masih lima tahun. Itu karena perhatiannya kepadaku begitu besar agar aku bisa makan pagi. Ketika itu aku memang sering lupa membawa roti untuk makan pagi ke sekolah, atau mungkin pula makananku diambil oleh teman-teman di sekolah. Ayah sangat berusaha untuk membawakan makan pagi itu setiap hari ke sekolah meskipun aku tahu kesibukannya luar biasa. Tapi beliau tetap tidak melupakan kami…”-

5. “Ayah mempunyai catatan sendiri tentang kebutuhan bulanan rumah kami. Sampai terkait sejumlah bahan makanan yang hanya ada sewaktu waktu saja sesuai musimnya, semisal kacang, zaitun, nasi dan semacamnya, juga termasuk dalam catatan kebutuhan ayah. Ayah memantau baik kapan musim-musimnya tiba dan membelinya untuk kami di rumah.Itu karena ayah tahu, Ibu sangat sibuk mengurus rumah.”

6. Love and softness

“Ayah (semoga Allah merahmatinya) sangat lembut perasaannya. Beliau sangat memelihara perasaan anak-anak dengan begitu berhati-hati. Beliau mempunyai kemampuan yang menjadikan kami menurut tanpa memerlukan perintah untuk mentaatinya. Kami menganggap beliau mempunyai wibawa yang sedemikian besar yang menjadikan kami senang mengikuti keinginannya dan tidak mau melawannya.”

7. There are pocket money for daily, weekly and monthly

-al banna beri duit yang secukupnya untuk mendidik anaknya turut menginfak.“Ayah memberi kami sepuluh ma’adin untuk kami infaqkan seluruhnya setiap hari Jum’at setelah shalat jum’at. Ayah tak pernah lupa dengan kebiasaan ini. Demikianlah aku jadi mengerti setelah itu, bahwa ternyata ayah mengirim salah seorang ikhwan untuk memata-matai aku bagaimana aku menginfaqkan seluruh uang pemberiannya itu, sehingga ayah merasa tenang dengan penggunaan uang yang dipercayakan kepada aku.”

8. Nilai hidup pada keimanan

9. Menasihati secara tidak langsung

There are more interesting stories..to find out more? grab one……….it just a 38 pages..it won’t take ur time much..but there a many values to be collected…….

Wallahu a'lam.


Read rest of entry

Aku Sedih......

Aku sedih…

Membina manusia yang mempunyai aqidah yang mantap bkn mudah..apetah lagi membina lapisan2 konkrit yang kukuh..jika tidak masekan para engineer & arkitek bangunan pecah kepale nak buat satu bangunan yg mantap & kalo jdk pape lepas pembinaan..ramai nyawa akan terkorbn..

Tanggugjawab ini berat..bkn mudah…aku tak mampu..aku penat..penat mencari shbt2 yg memahami…shbt2 yg mmpu aku kongsikan beban bersame..YA ALLAH..

Tapi bile aku rase nak berhenti…aku tahu itu bkn option nye…Kalau aku berhenti..mknananye aku akan MATI..jiwa dan roh akan berhenti..tiada lagi makanan2 untuk rohku…camne aku nak menghadap Allah nanti..

Aku ingin lari..mencari ketenangan..mencari sahabat..supaya aku boleh bina balik kekuatan diri..

Jalan dakwah ini panjang…

Jaminan syurga itu juga tidak ditaburi dgn bunga2..



Read rest of entry

Sunday, May 10, 2009

Buat Mak ku yang Tersayang

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

(Nada Murni, Ibu Mithali)

Assalamualaikum...

Dah lame bebenor rasenye tak menghapdet blog ku ni..banyak bende yg perlu di setelkan saat akhir ni..present project, present psm, nak jilid psm lagi..ffuhhhh!!! letih giler dibuatnye. tapi alhamdulillah, sumenye dh setel except tinggal nak jilidkan aku punye psm je lg.

Biasenye tiap2 tahun minggu kedua dlm bulan mei sume orang menyambut hari ibu..tak kire la yang still ade ibu or takde ibu pun still bleh sambut. So time ni la anak-anak akan bagi hadiah kat mak-mak dorg, blnje makan la, blnje gi shooping la, or paling paling ringkas pun just sekadar ucapan yang bleh menggembirakan ati ibu kite.

Tapi kite kene ingat, kite hargai ibu kite bukanla hanya sehari dalam setahun ni je..lepeh habis hari ibu, sume buat donno je ngan ibu bapa ..yg anak duk jauh balik pun jarang2, tepon tanye kabor mak bapak pun tak sior..apetah lg nak blnje makan. Suppose kite sebagai umat Islam, kite wajib taat & menghormati mak bapak kite setiap masa, setiap saat, setiap detik selagi mane mak bapak kite tak suruh kite syirik kan Alllah.

Firman Allah: " Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya" (surah al-ankabut, ayat 8)


Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat mak ku, Puan Hajjah Noor Azian bt. Haji Nasiruddin yang paling aku sayang..tanpa mak aku yang telah bertarung nyawa melahirkan aku, berpenat lelah membesarkan aku, still layan karenah anak mu yg nakal ni walau sesibuk & sepenat mane pun, still ade mase nak ajar aku membaca & menulis walopun time tu mak penat baru balik ngajor kat sekolah, tak mungkin aku bleh berjaya sampai ke tahap camni. Aku tau aku banyak buat dosa ngan mak..kadang2 aku tak dengor nasihat mak, kadang2 aku ade kecik kan ati mak..tapi mak tak pernah pun ambik ati ape yg aku buat.. Tak pernah pulak mak membenci aku walopun aku ade buat mak aku sakit ati..kalo mak marah pun, seejap je. & tu tandenye mak sayangkan aku. Arggh....banyak betul dosa aku ngan mak bapak aku. Mak..abah, ampunkan dosa anakmu ni.

Walau aku bagi 35 bijik gunung yg dipenuhi emas skalipun kat mak bapak aku, aku still tak dpt nak balas jasa mak bapak aku yang telah berpenat lelah membesarkan anak-anaknya. Ape yang aku bleh buat just doakan kesejahteraan mereka dunia akhirat..and selagi mereka masih bernyawa ni, selagi tu la aku akan sekerap yg boleh temani & hargai mak bapak aku..& insyaAllah, kalo dah keje nanti and Allah still bagi nikmat rezeki & kesihatan, aku nak bawak mak bapak aku pegi haji dengan duit hasil titik peluh aku pulak..insyaAllah..Moga Allah permudahkan segala urusan aku.

Lastly..Selamat Hari Ibu buat Puan Hajjah Noor Azian Bt. Haji Nasiruddin.
You are the best mother i ever had..May Allah bless you. I love you mom.


My lovely mom.



Read rest of entry

Wednesday, April 22, 2009

Peperangan Akhir


Assalamualaikum..

Sok bermula la peperangan akhir aku..peperangan ngan kertas soalan imtihan final. Dh habeh dah aku study ni..tinggal muke depan je yg belum aku study lagi..isi2 dalam sume aku dh study dan dah hafal dah..payah nak hafal kulit depan ni..hahaha. (saje je bagi semangat kat diri sendiri yg mmg dh maleh ni..haha).

Yelakan, tengah2 mood exam ni..kenela bagi semangat kat diri sendiri ngan kengkawan..besela, time2 cmni mmg biase lemah semangat nak study..rase tak mampu nak buatla..rase mcm takleh nak score je exm kali ni..rase nak main psp je memanjang..rase nak tido je, maleh nak study dah..rase nak g shooping kat Mydin yg baru bukak tu je tiap2 ari..rase nak kawen jela, takyah blajo dh..rase masin, manis, payo..sume rase ade la senang cite bile nak exam ni..haha.

Relax2..jangan tensen2 time nak exam ni..kene cool je. Ni exam dunia je pun..ape yang penin2 nak pikior..patutnye exam akhirat tu yang harus dipikiorkan ngn serius..tapi idakla aku suruh kome abaikan terus exam dunia ni...just suruh jgn tensen sampai hantuk2 kepala kat dinding je..hehe.

Rasenye cukupla dulu stakat ni..aku nak g study ni..insyaAllah 23 ngan 27 hb ni aku ngn kengkawan yang lain akan menghadapi final exam utk yg terakhir kalinye sbgai degree student..& harap jgn de yg sangkutla, kalo sangkut idakla jadi yg terakhir kalinye..hehe. Mintak kome sume doakanla kejayaan aku moga aku dapat jawab 2 paper ni ngan tenang pastu aku dapat lulus ngan cemerlang..& yang paling penting sebenornye adalah keberkatan ilmu yg kite dah hempeh puleh sambil berguling2 blajo slame 4 tahun tu...bukanla semata-mata kite nak kejo 4 flat, tapi ilmu yg kite dpt tu tak berkat & tak lekat dalam kepala otak kite ni.

Ma'a Taufiq Wannajah fil imtihan..Wassalam.

Read rest of entry

Friday, April 17, 2009

Api.....Api.....Api!!!!!

Assalamualaikum...

Baru balik dari makan nasi ayam singapore kat kerubung...nasi ayam kat sini memang terbest la..sedap & banyak & murah. Kire pueh ati la kalo makan nasi ayam kat sini. Tapi aku bukanla nak cite pasal nasi ayam ni..aku nak cite bende lain sebenornye ni.hehe. Tengah2 sedap menikmati hidangan nasi ayam tu, tetiba je aku rase ade bau plastik terbakar. Aku just ignore jela, ingatkan orang bakar sampah ke. Aku pun sambung la balik menimati kesedapan nasi ayam tu ngn menyambung kunyahan aku utk kali yg ke 43. hehe. Then bile de sebijik ambulan ngan 2 bijik kete bomba datang barula aku perasaan yang kilang seberang jalan restoran tu terbakar.

After hbs makan, aku ngan member aku hadiaq pun saje2 jela nak g tengok kilang yg terbakor tu. Sampai2 je kat situ, ape lagi, aku pun menggunakan sepenuh kederat tulang 36 kerat aku ni nak padam kan api tu..jenuh gakla aku cube niup kalo2 bleh padam..akhirnye dengan tiupan aku tu maka padamla sume api kat kilang tu..hebat tak hebat la ngan tiup je boleh padam api tu..ingat ni api lilin kat kek sambut besday ke..api lilin sambut besday tu konpem aku la aku bleh padam tanpa perlu tiup pun.hahah. Hebat bebenorla aku kalo aku boleh buat cmtu kan..tapi dlm angan2 jela..real nye idakla aku dpt buat cmtu..hahaha. Kilang terbakor ni dh mengorbankan 1 nyawa..rasenye mayat bangla pasal ade polis mintak dokumen mangsa tu. & dipercayai kilang tu terbakor sebab boiler kat kilang tu meletup kot..pekejadahnye boiler de kat kilang plastik tu pun aku tak tau..buat masak ayor gamaknye..punce sebenor-benornye idakla aku tau lg..just dengor org2 kat situ cakapla..

Disebabkan aku ni jenis yg tak berape suke & tak berape bleh tengok bnde2 ngeri cmni, pasal bile aku tengok konpem darah aku turun ke paras yg terendah & aku rase nak pitam (kalo tak dh lame aku ambik medic, jadi doctor, gi blajo kat obese tu ngan cari bini doktor skali..hahaha), so aku pun membelahkan diri aku. Ni kire pengalaman 1 st aku gakla tengok live kilang terbakar and mayat yang terbakar. Ffuuhhh....ok, chow dulu.

wassalam.

Read rest of entry

Wednesday, April 15, 2009

05 - 28443483

Assalaamualaikum

Kembali lg menulis post baru..tak tau nak watpe walopun suppose kene study pasal next week dh start final exam..tapi vitamin M aku terlampau banyak dalam badan ni menyebabkan aku malas nak study.hehe. Apsal tajuk entry ni bernombor???nombor tepon sape pulak tu ek???nombor baru aku kot..haha..kalo nak tau nombor pe tu kenela bace entry ni sampai habis.

Kite selalu berdoa memohon sesuatu kepada Allah especially bile kite ade masalah. Tapi cube kite bayangkan, kalaula bile kite berdoa tiba-tiba kite terdengor operator bercakap mcm yg selalu kite dengor kat telepon tu...

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.

Tekan 3 untuk 'mengeluh'.

Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."


Atau pun kite terdengor macam ni....

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Or time kite berdoa tetiba operator tu respon macam ni....

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau kadang-kadang macam ni...

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Tapi tu sume hanya khayalan semata-mata..& tak mungkin kite akan dengor macam yg kat atas tu, SEBABNYE....

Allah Maha Mengasihi kite...kite sebagai hambanya sentiasa dapat telefon denganNYA setiap masa, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik..ALLAH tak pernah busy nak layan permintaan kite. Tak pernah pulak kite kene beratur panjang untuk buat permintaan pada NYA..& ALLAh tak pernah pulak pilih sesiapa yg DIA nak layan dulu..tak kesahla orang tu mneteri ke, pengemis ke, pemintak sedekah sekalipun, kalo deme mintak sure Allah dengar permintaan deme tu. ALLAH kan Maha adil..ALLAH layan permintaan setiap hambaNYA tanpa mengira latar belakang.

So, ape tunggu lagi..kome sume taknak ke rebut peluang yang ALLAH dah bagi ni..bukan susah pun. just gunakan kod rahsia ni 24434 bile kome sume nak berhubung ngan ALLAH..

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Talian ni dibuka setiap masa, tak tutup2 & kompem takkan busy punye..dan yang paling penting talian ni free of charge je..so kome janganla riso bil naik melambung-lambung pulak ye.

Kalo rase-rase tak cukup maklumat, boleh le dapatkan maklumat terperinci kat dalam buku panduan ni..buku panduan yang teramat komplet..rugi kalo kome sume tak bace buku panduan ni yg berjudul a"Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Selamat beramal..Wallahu a'lam.





Read rest of entry

Saturday, April 11, 2009

Relaxing My Mind

Assalamualaikum...

Bertemu lagi dalam rancangan....'Dimana Joe Jambul'..hahaha..pekejadahnye pulak rancangan joe jambul masuk dlm blog aku ni..agak menyibuk nak promote dlm blog aku ni plk.hehe. Aku hepi seketika sebab aku sekarang kat umah aku di teluk intan..nak release tension sekejap.hehe. Repot psm aku dh pun di submit ari khamis yg lepeh..anto sehari awal pulak tu..hebat tak hebatla aku ni kan sebab dpt submit awl sehari dari org lain..haha. 1 beban dah aku campak kan jauh2 kat tepi pintu fakulti tu..haha. Tinggal 2 assignment ngan 1 projek je lg yg perlu di setelkan pastu ngn final exam aku yg stat 23 hb ni..tapi nasib baik la 2 paper je sem..agak kurangla sikit tekanang nye..hehe.

Ari rabu lepeh adalah last lecturer selama 4 tahun aku menimba ilmu kat sini..payah nak gambo kan perasaan ni. sob..sob..sob..sedih benor pulak rasenye dh nak habis belajo ni..walopun kadang2 aku rase tak sabo2 nak habis sebab nak kawen...kawen??????hahahah. Calon pun takde cmne gamaknye nak kawen ye dak..tapi mane tau sesape yg bace blog aku ni tetiba pulak rase nak masuk minang aku, aku mengalu-ngalukan je..hahaha.

Hari ni aku just duk umah je..nak kuar mane2 pun rase mcm malas je..duk umah lg best rasenye. Takde pape nak wat, aku bukakla laptop aku ni..& tetbia je aku rase nak dengar surah Al-Qiyamah oleh Imam Shuraim. Salah sorang imam yang aku minat dengor bacaannye. Sedap bebnor suara imam masjidil haram ni. Aku cuba ikut setiap ayat yg dibaca oleh Imam Shuraim. Dulu aku lancar je bace surah ni..maybe sebab hafalan aku niat pasal pertandingan..& kurangnye follow up after hbs bertanding menyebabkan aku kdg2 tak lancar bile bace surah2 yg aku dh hafal..sedih & malu rasenye..malu kat Allah. Maapkan aku ya Allah. InsyaAllah aku akan sentiase perbaiki hafalan aku ni.

Ape-ape pun aku aku nak habiskan weeknd ni with my beloved family..sebelum kembali ke medan perjuangan terakhir aku sebagai seorang mahasiswa..insyaAllah.

Wassalam.


Read rest of entry

Monday, March 30, 2009

Finally.....

Assalamualaikum...

Ape kabo kome sume yg membace blog aku ni??? Aku harapkan kome sume sehat2 blake & didalam rahmat Allah la hendaknye..insyaAllah. Aktiviti penghapdetan blog aku terhenti seketika gara-gara aku saje je involvekan diri dlm membizikan diri..minggu yg cukup penat bagi aku..keje yg amat bertimbun-timbun nak kene setel kan. Ditambah pula dengan sehiris assignment yg perlu di submit..secubit test yg perlu di jawab di saat2 yg keje menimbun-nimbun ni..dan tak cukup rase manis & masinnye jika tak dicampur ngan FYP repot yg perlu disiapkan. Argghhhh...rase nak berlari-lari anak sambil berguling je nak hilangkan tensen ni..hahaha.

Tapi hari ni, bleh aku katekan separuh dari beban tu aku dh buang jauh2 dh. Sebabnye..aku dh siapkan FYP repot aku..& draft repot pun dh di anto kat supervisior aku utk disemak..lega benor rasenye bila dh setel FYP ni..maybe lps ni kene wat some correction kat repot tu..tapi tak kesah la kan..hehe. Tadi gak baru lps test 2 engineering ethic..walopun aku sndiri tak phm pe bende yg aku jwb, tapi tak kesahla..janji dh lps. Redha jela sebab aku pun tak study. kire setimpal la ngn usaha aku pun..takleh nak merungut.hehe.

Still ade 2 mini project yg belum setel..2 assignment ngan log book autotronic. Final exam pulak lagi 2 mggu lebih lg..tapi nasib baikla sem ni just 2 paper je..takla berat sngt rasenye. Aku harap Allah permudahkan segala urusan aku ni..janganla ade pape y sangkut coz aku nak grad sem ni gak..tak mau extend.hehe.

Setakat ni jela ye..takde idea lg nak tulis pnjg2..sekian wassalam

p/s - kepada sesape yg membace blog aku ni, nak mintak pndpt kome, elok lps aku grad degree ni nak terus sambung master or keje dulu???? silala bagi komen tak kurang dari 1 patah perkataan..hehe
Read rest of entry
 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal