Wednesday, February 25, 2009

Sanah Helwah...

Assalamualaikum....


Jazakumullahu khairan jaza'to everyone....

25 Februari genap umurku 23 tahun ni..Aku mengharapkan keberkatan umur & dikekalkan nikmat iman dan islam dalam diri ku ni..dan moga aku tsabat atas jalan ni..KAU permudahkan segala urusan ku ni ya ALLAH..Many thanks kepada kedua ibu bapa ku kerana tanpa mereka,aku tak mungkin ade kat dunia ni..tanpa didikan dan asuhan mereka, tak mungkin aku dapat mengharungi hidup selama 23 tahun ni..

Buat para sahabat yang sering membantu aku tak kire susah & senang..aku amat hargai pertolongan anda semua..hanya Allah yg dapat balas jasa anda sume..

Many thanks for all the wishes and prayers for me...may Allah bless all of you and me.

Wassalam.
Read rest of entry

Monday, February 23, 2009

BMCA's Family Day

Assalamualaikum...

Hari ahad yang lepas bebudak kos aku telah mengadakan family day..family day course ktorang ni telah disupport sepenuhnye oleh lecturer project management ktorang sem lepas iaitu En.Sabri..terima kasih bebanyakla En. Sabri pasal menyeponsorkan family day ni..So kami telah sepakat untuk buat kat Tanjung Bidara jela..takla jauh sangat pun..dalam setengah jam dah sampai. Tujuan utama buat family day ni pun nak mengeratkan tali silaturrahim antara kami..yela kan, dah final year. Lagi beberape bulan dah nak grad dah..lepas ni memang susah nak berkumpul bersuka ria camni lagi..so ni la masenye pun nak enjoy ngan member2 sebelum grad ni. Macam2 aktiviti la yang kami buat kat sana..tarik tali, lari dalam guni & macam lagi (maleh nak nyebut sume,banyak sangat.haha). Aku pun malas nak tulis banyak-banyak..korang layan jela gambo2 sepanjang BMCA's Family Day ni.


Sebelum memulakan acara, kenela dengor amanat dari orang yang menyeponsor family day ni iaitu En.Sabri.

Khusyu' semua orang dengor En. Sabri cakap..

Acara 1st main lari dalam guni (budak ni tak reti sangat lari dalam guni, tu yang lari camtu tu..hehe)

Acara yang paling best, tarik tali. Yeergh...aku menarik ngan sekuat ati nye..dan semestinye group aku menang tarik tali ni.hehe

Semua bebudak tu terkejut ngan kehadiran UFO..hahaha

Acara berkubang kat dalam air pun bermula..hehe

Kemunculan anak Popeye kat pantai ni mendapat sambutan oleh orang ramai yang meminta untuk bergambar dengannye..hahaha

Selepas selesai berkubang..aktiviti seterusnye adalah bergambo..hehe




My corsemate, BMCA batch 05-09

Mungkin ni salah satu 'kenangan' yang akan kite ingat sampai bile..moga persahabatan akan terus kekal sampai bile-bile. InsyaAllah.

Wassalam.
Read rest of entry

Sunday, February 22, 2009

Soalan Final Exam [Jawapan]

Assalamualaikum..
nila jawapan bagi soalan post yang lepeh..bagi sesape yang jawab ngn betul, sila la beri tepukan yang gemuruh segemuruh guruh serta kilat sabung menyabung...haha.Kalo sesape nak buat kenduri kesyukuran pasal dpt jawab sume soalan ngan betul pun bagus gak..tapi jgn la lupe jemput aku skali ye..hehe.


Wassalam.
Read rest of entry

Saturday, February 21, 2009

Soalan Final Exam

Assalamualaikum....

Kali ni aku just nak bagi soalan bocor final exam kat kome sume..mmg payah giler soalan ni. So sesape yang dapat menjawab ngan betul memangla teramat hebat pemikirannye dan akan diberi hadiah. Hadiahnye adalah wang tunai yang ade kat dalam wallet kome tu sendiri..wakakaka. Kalo ade sesape nak jawab silakanla jawab soalan ni..tak banyak pun soalan, just ade 4 soalan je. Soalan ni adalah soalan peringkat A-level kat ireland.




Maka dengan ini silalah jawab soalan di atas tu dengan penuh keringat kome..kalo nak jawab kat komen entri ni pun dibenarkan..hehe.Jawapan akan diberikan untuk next entri ye..selamat memerah otak anda menjawab soalan ni.hehehe

Wassalam
Read rest of entry

Friday, February 20, 2009

Takde Tajuk

Assalamualaikum...

Niat di ati ni idakla nak menulis sangat blog ni pasal aku pun takde idea sgt nak menulis pe..pikiran banyak ke assigment ngan projek, aku pun takde mood nak menghapdet blog ni.

Tapi disebabkan rayuan menangeh-nangeh guling-guling sambil memujuk rayu aku untuk menerima tag seorang makcik yang bernama eyena ni,aku yang taknak lagi tak suka nak menghampekan harapan yang cukup besar seorang makcik untuk melihat aku mereply ape yang die tag kan tu, maka aku dengan besor ati nye mereply la tag makcik eyena ni..hehehe

Alah..lagipun senang je nak jawab pun..die suruh letak seketul gambo je. Apela,lain kali bagila yg susah2 sikit utk aku membuatnye. Setakat letak gambo,dh banyak dh aku letak.hehe

Arahan makcik ni suruh pegi ke folder picture no 6 yang ade kat laptop/pc kome..pastu pilih gambo no 6 yang ade kat folder 6 tu.Berape banyak no 6 daa...no 18 takleh ke????kenapa nak no 6????hehe..ikutkan jela..karang mengamuk pulak makcik tu.hahah. Jangan la pulak curi gambo kat pc org lain.Nanti idakla ade gambo kome.hehe. Lepas tu describela tentang gambo tu seberape panjang yang nak..kalo buat karangan 3589.98 patah perkataan pun ok gak rasenye..memang banyak bende nak describe ni..haha.Dah habis describe tu, tag la pulak kat orang lain yang rase2 sudi nak jawab bende ni tanpa rase nak balasan material untuk menjawabnye..hehe


Yaa...ni la die gambo yang no 6 yang berada kat folder no 6 aku..hehe. Gambo ni di snap oleh ambeh@cocoro-q@gaco waktu perhimpunan aman palestin bulan 1 dulu rasenye. Pemboikot-pemboikot utama dalam gambo ni semestinya adala aku sebagai watak utama, syammil (amboi!!) disebelah kanan aku, sob-sob a.k.a midget sebe;lah syammil, ngan aizat fuad a.k.a abu (ni pak abu tau ni!!!) kat belakang sob-sob tu.hahaha. HIDUP PALESTIN!!!!! HANCUR ISRAEL!!!!!!

Tu jela kot nak cite pasal gambo tu.hehhe..dan kepada sesape yang nak membuat seperti ni, aku open jela kepada sesape yang bace blog aku ni..maleh pulak nak nyebut nama-nama yang nak aku tag..sekati kome la nak wat ke tak..idak pulak aku nak mendenda kome lari dalam guni kalo taknak jawab tag aku ni..heheh. Sehingga berjumpe di lain post ataupun di post office..hehe

Wassalam.

Read rest of entry

Saturday, February 14, 2009

Mari Menyambut Hari Kekasih

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Mungkin ade yang terkejut, terkene serangan jantung, marah, geram sampai merah-merah muka, suke, gembira sambil melompat-lompat bile baca tajuk entri aku kali ni. Cool-coolkan diri anda. Jangan tengok pada kulitnye je,tengok pada isi nye pulak. Kulit tak mencerminkan ape isi kat dalam die. Kadang-kadang kulit teruk, isi die bagus.hehe. So bace bagi habis dulu entri aku kali ni baru korang nak marah or nak gembira..tu terpulang pada korangla. Aku hanya menulis mengikut pandangan aku yang ilmu takla setinggi mane pun. Bagi korang yang tak berape stuju tu or ade pendapat lain,itu terpulang pada korang sume.


14 Februari..hari yang selalu orang ingat especially bagi sesape yang berkasih mahupun bercouple..kerana hari ni merupakan valentine day ataupun hari kekasih..pada hari ni ramai couple-couple akan keluar date bersama, makan bersama, tengok wayang bersama, si boypren bagi bunga kat gelpren, si gelpren bagi bunga kat gelpren & macam-macam lagila..adat biase bagi sesape je yg menyambut valentine's day ni.

Bila tibanya tarikh 14 Februari, banyak peringatan-peringatan supaya umat Islam tak menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day yang dah menjadi budaya atau sambutan yang wajib bagi pasangan kekasih.

Bagi kebanyakan remaja pada masa ni especially in Malaysia, menyambut hari kekasih ni takde kene mengena dengan ritual keagamaan, tapi hanya untuk meraikan kekasih@buah ati mereka..hari di mana mereka nak tunjukkan rasa kasih sayang & cinta mereka terhadap kekasih mereka. Bukan nye nak memuja sape-sape pun kate mereka..

Tapi hakikat sebenarnye yang kite sebagai umat Islam tak tau adalah hari kekasih ni ade bersangku paut ngan amalan umat Kristian.Sebab tu la Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Kalaupun la hari valentine ni takde sangkut paut dengan amalan orang-orang kristian pun, ia tetap haram pasal amalan ni bercampur dengan perbuatan maksiat dan zina..mane taknye, keluar berdua-duan antara laki ngan perempuan yang bukan muhrim tu kan berzina namanye..zina mata (tengok boypren or gelpren ngan bernafsu syahwat), zina hati (asyik teringat kat kekasih memasing je sampai nk ingat Allah pun tak sempat), zina tangan (jalan nak pegang-pegang tangan la,pegang-pegang badanla), zina kaki (pergi ke tempat-tempat maksiat macam pub ke,disko ke,etc), zina mulut ( cakap bnde2 yang bleh membangkitkan nafsu syahwat..kan elok dibasahkan lidah & bibir ni dengan zikrullah). Tengok,macam-macam dosa zina kite dapat bile kite keluar ngan kekasih kite..takkan tu nak menafikan lagi kot.hehe

Untuk bagi anda sume paham tentang larangan sambut hari kekasih ni, elokla kite tau pekebende hari kekasih ni & asal usul camne bleh timbulnye hari kekasih ni.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali sebenornye berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Kalau ikut sejarah pulak, Valentine ni sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. paderi ni berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi sampaikan Ratu Isabella menganggap paderi tu sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

So dengan rase bangga dan riaknye Ratu tersebut mengarahkan 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Besooknye 15 Februari bermulala Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pulak adalah cerite pasal ratu isabella ngan paderi yang aku cerita kat atas tu tadi.

So semua sejarah pasal hari kekasih ni semuanye berkait dengan orang-orang kristian..takde satu pun peristiwa yang berkait ngan Islam yang menyuruh menyambut hari kekasih ni..korang sebagai umat yang mengaku bahawa Allah tu wujud & Rasulullah tu sebagai pesuruh Allah, takkanla sanggup nak membelakangkan agama semata-mata nak menyambut perayaan yang biasenye disambut oleh orang kristian.

Hukum Islam teramat-amatla jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Untuk mereka yang sedang berkasih-kasih (especially bagi mereka yang belum di ijab kabul lagi), renti-rentikanla menyambut hari kekasih ni..takde pekdah pe pun..bukanla Islam tak membenarkan langsung nak memberi hadiah ape pun, tapi perlu dalam batas-batas yang dibenarkan syara'. Ape erti perhubungan yang kite jalinkan tu dengan pasangan kite kalo tak mendapat keberkatan dari Allah. Agak-agak korangla kan, perhubungan yang bercampur dengan maksiat dan dosa tu diberkati Allah ke???????? Boleh bahagia ke nanti???Bukan ke kebahagian tu Allah yang bagi. Allah nak bagi ke kalo korang selalu buat dosa je??? Kalo Allah nak bagi pun kat dunia ni, agak2nye la kan, kat akhirat nanti korang bleh lepas ke??? Agak2 korangla kan, kekasih korang nanti boleh backup korang ke kat akhirat nanti bile ngadap Allah kalo perhubungan korang tu asyik diselimuti dengan maksiat & dosa?????(saje je bagi banyak2 soalan & tanda soal, bagi korang pikir sendiri..tu pun bagi yang ade akal untuk berpikir la.heheh)

Korang mesti terpikir-pikir, apsl aku letak tajuk "mari menyambut hari kekasih" padehal sepanjang entri ni aku asyik ngutuk & tak menyuruh korang sambut pun perayaan kristian ni..heheh. Bagi aku, hari kekasih adalah setiap hari, setiap detik denyutan nadi ni, setiap saat, setiap minit, setiap jam adalah aku anggap special..bersama Pencipta yang Maha Agung, Allah S.W.T dan pesuruh Allah yang sentiase dalam ingatan aku walaupun tak pernah berjumpe iaitu Rasulullah SAW. Bukankah itu sebenar-benarnye kekasih yang layak kite cintai..yang layak kite kasihi..yang sepatutnye kite sanggup berkorban ape saja untuk mendapatkan cintaNya, yang kite perlu menitiskan air mata kekesalan yang tak sudah jika tak medapat cintaNya. Itulah cinta yang paling Agung yang perlu kita dapatkan walau dengan ape cara sekalipun. Tula sebenarnye hari kekasih yang perlu kite sambut..setiap hari, setiap mase. Bukan sekali dalam setahun seperti Valentine's day ni.

Mari kite muhasabah diri kite balik sepanjang hidup kite ni, berape banyak mase yang dah kite habiskan untuk kekasih kite..& berape banyak mase pulak yang dah kite habiskan untuk mengingati Allah dan memperhambakan diri kepada Allah..mesti jauh bezanya kan. Kite lebih sanggup habiskan banyak mase untuk orang yang kite sayang, tapi kite tak pernah pun nak luangkan sikit mase kite untuk Allah yang sentiase menyayangi kite ni.Moga entri ni dapat merubah diri aku dan sesape je yang membace entri ni yang sering lalai dari mengingati Allah. Moga Allah tak tarik nikmat hidayahNya dalam diri kite.

Wallahu a'lam.





Read rest of entry

Monday, February 9, 2009

Renungan Untuk Semua

Assalamualaikum..kali ni just nak share sikit ayat-ayat dibawah ni sekadar renungan kite bersama. Aku pun tak tau ayat-ayat dibawah ni jenis pantun ke, syair ke, puisi ke..hehe. Korang bace jela ye dan paham kanla maksud ayat-ayat kat bawah ni..moga sama-sama dapat maghfirah dari Allah..insyaAllah. Aku hambek bende ni dari page frenster member aku, Muhammad Fahmi..harap ko halalkan la ye pamie.hehe

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan
meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-
tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA
MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para
sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur antum banyak mana antum buat ibadat...?
Zaman muda antum, apa yang telah antum buat...?
Harta benda antum, dari mana antum
dapat...?
Ilmu antum, adakah antum manafaat...?

So ape yang korang rase bile bace bende ni??? Gelak??? Senyum?? Bosan sambil menguap??? Insaf???
Harap-harapnye ade la sikit rase keinsafan dalam diri kite bile bace ayat-ayat di atas tu..tak banyak pun sikit jadila. Moga kite dapat tinggalkan maksiat dalam diri kite ni dan suci kan ati kite dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah.

Wallahu a'lam.




Read rest of entry

Saturday, February 7, 2009

Politic in Malaysia

Assalamualaikum...
Kembali lagi merajinkan jari jemari ni untuk menaip post baru walaupon suppose kene study pasal next week ade 2 test menunggu aku iaitu autotronics ngan engineering ethics..tak bace ape-ape lagi.Tapi takpe,aku tetap relax & cool je.Test je pun.hehe.kali ni aku nak berbicara tentang politik kat Malaysia ni..nampaknye politik kat Malaysia ni dah jadi huru hara dah sekarang..dah jadi hampeh..especially dengan kes baru ni yang berlaku di negeri tempat kelahiran aku sendiri iaitu Perak.

I can't just be in silence,zipping my mouth ignoring what is happening in Malaysia. Bila masuk isu Gaza,kita boleh bersatu.Tetapi mengapa apabila mebicarakan hal politik Malaysia,ramai yang mengambil langkah untuk berdiam diri je?Tak mahu ambil pusing.Ada unsur diskriminasi disini..Hurmm...

Apakah kekejaman yang berlaku di Gaza lebih superior dengan ketidak adilan yang berlaku di Malaysia ?If the answer is yes,does that justify our actions to ignore the crisis in Malaysia and other parts of the world that needs attention?Apakah perkataan 'politik' menjadi suatu perkataan taboo dalam kamus hidup anda?Atau tanah air Malaysia,dimana tinggalnya keluarga,sanak saudara,dan teman-teman memang sebenarnya tidak dekat di hati anda semua? Kite juga kene consider future keluarga dan anak-anak yang bakal dibesarkan di Malaysia bagi mereka yang akan mendirikan rumah tangga di masa depan.Apakah dakwah anda hanya untuk selected people,and on selected issues only?

Soalan-soalan yang aku ajukan tu hanya untuk muhasabah diri kite balik. Kite kene fikir balik sejauh mane kite ni bersungguh-sungguh dalam memperjuankan something. Semua orang mengakui Islam itu syumul..lengkap merangkumi segala aspek kehidupan dan zaman. Tapi takkan kite just mengakui & percaya je..kite kene yakin betul-betul. So,are we on the right track,in the right tune now?

Jika ade certain-certain korang yang jahil tentang politik & isu semasa, so now korang kene berubah..kene ambik tahu jugak ape yang berlaku di sekeliling kite ni.Aku pun idakla pro sangat dalam politik ni..hanya sekadar tahu ape yang dah berlaku kat sekeliling kite ni dah cukup sebenarnye.

Jalan dakwah memang akan ada ranjau dan onaknya.Lihat saje sirah Rasulullah SAW dan para nabi yang terdahulu.Dakwah Baginda mesti ade ujian dan cabaran..mesti ade 'ujian pengukuhan iman dan taqwa' yang diturunkan Allah untuk hamba-hambaNya.Dan ingatlah,bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan sabar.

Jika korang masih cintakan agama,bangsa dan negara,janganlah menidakkan kepentingan politik dan isu semasa ini dalam kehidupan harian kita.Korang boleh lihat persamaan yang ada antara Malaysia dengan Palestine,yakni krisis Politik dan Kepimpinan.Imagine our future are controlled by bad leaders.Kalau anda fikir anda masih mampu untuk survive,fikirkan pula keadaan anak cucu kite nanti..nak ke kite tengok anak cucu kite suffer pada masa akan datang?????

Kalau masih tidak setuju juga,terpulanglah...



Aku tidak menyokong mane-mane parti politik..tapi hanya memikirkan nasib orang Melayu dan Islam di bumi Malaysia ni.Ape yang berlaku di Perak ade Pro & Cons die...Aku taknak melihat orang melayu terabai di bumi sendiri..aku taknak Islam dicabar oleh musush-musuh Islam yang sentiase menunggu mase untuk menghancurkan Islam. Bagi sesiape saje yang diberi amanat untuk memerintah, seharusnye mereka memikirkan betapa beratnye tanggungjawab yang Allah dah bagi kat dorang untuk menjadi pemimpin masyarakat..dan mereka perlu ingat,kat akhirat nanti nereka akan disoal ape yang mereka buat time mereka jadi pemimpin tu. So kepada pemimpin2 sume, kalo taknak rase diri di azab oleh Allah disebabkan kelalaian dan kegagalan kite dalam memimpin kenela buat kerja tu Lillahi Taala..bukan kerana jawatan,bukan kerana pangkat, dan bukan kerana wang.

Entri ini bukanlah mahu menghentam sesiapa,namun cukuplah untuk memberitahu dan mengajak rakan-rakan untuk menjadi seseorang yang cakna dengan isu semasa,tidak kiralah sama ada ini isu politik,isu agama,pendidikan dan sebagainya.Aku bercakap disini sebagai seorang rakyat yang risaukan tanah airnya akan menjadi lebih tidak terbela,melihatkan krisis politik dan kepimpinan di Malaysia saat ini.

Wallahu A'lam.
Read rest of entry

Friday, February 6, 2009

Makes Some Move Now !

Assalamualaikum...

tetibe je jari jemari ni terasa ingin menghapdet blog..banyak bende sebenornye yang main kejor-kejor dalam pikiran aku ni untuk diterjemahkan balik dalam blog ni..mungkin mase tak brape nak ade untuk aku menaip (sebenornye aku maleh nak menaip..bukan takde mase..hehe). Actually aku takde tajuk yg khusus nak cite pe kali ni..ikut je pe jari jemari aku ni nak taip pe..& ape yang kepala otak aku tgh pikir skrg ni.


Semester ni dh sampai di pertengahan dh...ni bermakne hanye tinggal 2 bulan lebih je lagi sebelum aku menamatkan riwayat hidup aku sebagai seorang undergrad student..aku sebenornye dh tak berape sabor dh nak habis..rase malas giler dh nak study..tapi idak gak rajin & semangat nak keje pun..hehe.

Dah nak hampir ke hujung sem ni keje pun bertambah-tambah...dengan FYP aku ni yang tak berape nak gerak lagi ni walaupun dh nak dekat anto dh repotnye..dengan project-project utk subjek2 lain lagi..assignment lagi..test lagi..main game lagi..tdo lagi..tdo lagi..tdo lagi..tdo lagi..fuuhhh..banyak benor keje aku sbenornye..hehe.Semangat aku ni suke main nyorok2 + cop tiang..tu yang payah tu..aku maleh nak layan sangat main permainan bebudak tu..tu yang die merajuk tu..sekejap ade skejap takde semangat tu..hahaha.

I must make my move now! its Now Now Now not tahun dpan,not tahun 2020. Takkan nak tunggu bile dah cukup semangat, bile dh cukup motivasi, bile dh cukup rajin, bile dh cukup ilmu baru aku nak betul-betul semangat nak wat something. Nak tggu ape niiii? Tangguh kenape ni??? Its now to work all out.. semua kene buat secara ekstrim.Blajo kene ekstrim..makan kene ekstrim..minum kene ekstrim..tdo pun kene ekstrim..lagi sedap kalo wat sume bende tu sambil mkn eskrim..lagila terase nikmatnye.hehe..

Boleh tak boleh tu lain crite. Yang penting sebenornye kite kene cube!




And the most important thing is we do all this NOT for d sake of good marks, or good degree certificate. It's about tuntutan agama. We as a muslim dituntut wat sehabis baik untuk setiap bende yang kite buat..tak kesahla bende yang kite wat tu kecik or besar..yang penting kite kene wat bersungguh-sungguh.

Markah yang kite dapat dalam exam bukanlah tujuan utama kite sebenornye..tapi yang paling penting sebenornye adakah kite paham ape yang kite belajo & macam mane kite nak apply ilmu yang kite dapat tu dalam kehidupan kite as a muslim mengikut lunas-lunas Islam. Kite dapat highest marks waktu exam kat dunia ni pun sebenarnye tak gune pun kalau kite dapat lowest marks kat akhirat nanti & kat depan Allah nanti. So aku berpesan kat diri aku yang tak berape nak cukup ilmu ni & kepada sesape yang nak ikut pesanan ni supaya segala yang kite wat dalam dunia ni tujuan utama kite adalah utk dpt highest marks kat akhirat nanti. So korang sume tak payah la nak riso-riso pasal exam ke test ke.wat relax je.hehe.Study untuk exam je rugi..sama macam tak yah study sebenornye. Kite ikhlaskan hati kite ni kite study utk kite dapat keberkatan dari ilmu tu..bukan untuk exam je.

jadi kite kenela buat sehabis baik ape saje yang kite buat, guna masa, ruang, rezeki yang ada dengan sebaik mungkin.. termasuk lah dalam bab mencari hidayah Allah..kene cari dan memperbaiki diri sebanyak mungkin. Setiap hari kite kene muhasabah diri kite..elok ke ape yang kite buat arini???cukup ke solat ke???adeke kite aniaya orang arini???kite dah tunaikan tanggungjawab kite kepada Allah & juga kat makhluk yang lain ke??? Sume tu kite ni pikir & cuba ubah kalau ape yang kite buat semalam & arini tu tak elok.Hidayah Allah ni kite kene cari..die tak datang dengan sendirinye..jangan sampai kite nyesal teramat sangat kalau Allah tarik balik hidayahNYa kat kite.Waktu tu kite akan jadi orang yang paling rugi sekali kat dunia ni.

Supaya jangan ada yang berkata “Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepada ku tentulah aku termasuk org orang yg bertakwa..atau supaya jangan ada yang berkata ketika dia melihat azab ” Kalau sekiranya aku dapat kembali ke dunia, nescaya aku akan termasuk org2 berbuat baik..” [3:57-58]

Buat lah sehabis baik dalam setiap pekerjaanmu…insyaAllah akan ada pertolongan dan petunjuk dari Allah..jgn lah cpt berputus asa..sbb giving up will put an end to everything tht you are working on.

InsyaAllah.

Wallahu A'lam.

Read rest of entry

Tuesday, February 3, 2009

Mari-Mari Sape Nak Beli Baju!!!

Assalamualaikum...

--> Kome dah bosan dengan baju yang kome pakai tiap ari???
--> Design baju kome tu tak berape lawo???
--> Kome boikot baju dari US ngan Israel sampai kome tak tau baju ape nak
pakai yang bercirikan islam???
--> Kome tercari-cari baju yg berbentuk islamic tapi tak jumpe kat kedai-kedai???
--> Kat kedai ade jual baju islamic tapi tuan kedai taknak jual kat kome???
--> Kome minat islamic badges tapi jenuh mencari tak jumpe-jumpe gak???


Jangan susah ati..jangan penin-penin..jangan muntah-muntah..jangan memberontak mahupun membuat demonstrasi jalanan kerana bosan dengan baju lama anda..

Berubahla kepada gaya hidup yang lebih islamic ngan memakai baju berunsur islam..





















Disini sy menawarkan kepada anda sume baju muslim dan muslimah dengan design yang cukup cool!!! (sejuk je bile pakai baju ni..hehehe)

Ade macam-macam size ngikut saiz badan kome sume...M, L, XL, XXL dan XXXL

So ape lagi..cepat-cepatla kome tempah baju or badges yang lawo ni...karang udah hbs stok nyesal tak sudah kome..karang mule la buat pemberontakan secara besar-besaran pasal tak dapat beli baju ni..hehe

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut,sila hubungi

Hafizi 019-5143231

Tempah la cepat sebelum stok habis!!!

Read rest of entry
 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal