Sunday, January 18, 2009

Trip To Singapore

Assalamualaikum..
Jadual weekend ku minggu ni agak padat..bermula pada hari jumaat gi ke career fair di mid valley dari pagi sampaila ke malam..Besoknye pulak pukul 7 pagi bertolak ke Singapore..saje-saje nak melawat negara orang..lagipun tak pernah pergi lagi singapore ni..nak gak tengok rupe mane singapore tu..hehe.

Malas nak tulis panjang-panjang..so tengok jela gambo-gambo yang menarik ni..


in front of Seranggon Plaza, tempat nak shooping. Barang murah gak.

Depan Masjid Sultan kat arab street

Masjid Sultan gak..posing tetap macho walopun perut tengah lapo..hehe

Selepas memborong sume barang kat arab street (mane nak kecau duit..duit dh kering ni..hehe)

kat depan malay heritage

Sesape dahage bolehla minum ayor yg kuar dari mulut singa tu..sedap,rase ayor sprite.haha

Bangunan bermata lalat..aku pun tak tau pe nama bangunan tu.hehe

kat Merlion park..menyibuk betul budak tu nak join gambo aku gak..hehe

Berjalan-jalan kat Merlion park


ni la bunge spesis anakohtuwelus namanye..lawo bune ni.hahaha

Kat pantai Sentosa Island..lawo pantainye

aku ngan gaco..muke nak ketat je gaco ni..haha

ni la batu bersurat pulau sentosa..ade surat kat bawah batu tu kalo nak tengok.haha

me with oscar, one of the caracter in song of the sea..

Song of the sea..gune ayor & laser je..memang lawo..rugi kalo tak pi tengok.

"bwahaha..aku lah batu belah batu bertangkup"..kate encik batu tu..hahaha


gambo-gambo pancutan ayor & laser..very interesting show.

bergambo after habis show song of the sea.
Read rest of entry

Friday, January 16, 2009

Kepala Khinzir di Surau APIUM

Assalamualaikum...penat sungguh ari ni seharian berada di Career Fair di Mid Valley..nak cari lubang-lubang keje after grad nanti..macam2 company gakla yang de kat career fair tu & aku pun ade gakla apply 3,4 company yang aku rase mcm best je utk keje kat situ..tapi tak taula rezeki aku camne kan..doa,tunggu and lihat jela mane rezeki aku nak keje nanti..hehe.


Memandangkan ari ni ari jumaat, maka sudah kewajipan lelaki sebagai umat Islam untuk solat jumaat..so masjid yang paling dekat ngan mid valley adalah masjid kat UM je..so aku ngan kengkawan pun gi la semayang jumaat kat surau APIUM (Akademi Pengajian Islam UM.bile aku menjejakkan kaki ke dalam surau tu, aku lihat adela 4,5 orang tengah mem'vacuum' karpet surau tu. Aku pun takla sangka pape..aku just ingat orang nak kemas2 surau ni je untuk semayang jumaat..aku hanya tau cite ni bile khatib menyatakan kejadian kepala khinzir dijumpai kat dalam surau tu dalam khutbah jumaat. After semayang jumaat telah diadakan satu demonstrasi secara aman di luar surau APIUM untuk membantah tindakan yang aku sifatkan sebagai kurang ajar sebenarnye..tindakan yang menghina Islam..

2 kepala khinzir dengan bendera PAS ni dijumpai pukul 5 pagi kat surau APIUM tu..sekarang tak taula siape la yang agak kurang sivik serta tak bermoral ni yang buat bende ni..Aku pun malas nak tuduh menuduh sape yang buat bende ni samada muslim or non-muslim..hanya Allah yang lebih mengetahui perkara ni..mungkin ade hikmah yang mungkin kite tak tau disebalik kejadian ni.Mungkin kejadian ni dapat membuatkan ade pihak-pihak yang dulunye silap sedar akan kesilapannnye or mungkin juga menunjukkan tanda protes non muslim kepada Islam.

Pendapat aku la, ni sume atas dasar dengki mendengki antara satu sama lain..tambahan pula sekarang ni time campus election..maybe ade pihak-pihak yang tak berape puas ati ngan pihak yang lain..biasela,umat akhir zaman ni..bile nafsu dah menguasai diri,soal agama di tolak tepi. Yang penting kepuasan diri..Nauzubillah.

Kite sama-samala berdoa supaya orang wat keje-keje yang tak berapa nak betul ni agar mendapat hidayah Allah supaya die bertaubat & tak wat lagi dah bende ni..moga orang yang wat keje ni dapat rezeki iman suatu ari nanti..insyaAllah..ameenn.



Read rest of entry

Wednesday, January 7, 2009

Save Al-Quds...!!!


Sudah sebelas hari Palestin diserang dan dibedil bertalu-talu oleh tentera rejim zionis Israel. Jika pada mulanya hanya serangan udara dilakukan, tetapi sekarang ini serangan darat pula bermula. Semua umat manusia menyedari hal ni berlaku khususnya umat Islam di seluruh dunia..tapi semuanya mendiamkan diri, memejamkan mata, memekakkan telinga, membisukan mulut seolah-olah tiada ape yang berlaku di Palestin..seolah-olah peperangan yang berlaku di Palestin tu hanya macam budak-budak main permainan perang-perang., takde ape yang perlu dirisaukan...Tapi hakikatnya dah beratus-ratus umat Islam Palestin telah syahid demi mempertahankan negara & juga agama Islam daripada rejim zionis Yahudi laknatullah. Ibu bapa kehilangan anak-anak mereka, ada juga anak-anak yang kehilangan ibu bapa mereka. Adik beradik berpisah, sahabat handai syahid di jalan Allah..itulah yang berlaku sekarang di Palestin..mayat-mayat umat Islam yang syahid bergelimpangan di jalan-jalan raya. Umat Islam di tembak tanpa belas kasihan tak kira usia..yang tua mahupun yang muda..laki atau wanita..kafir laknatullah hanya mempunyai 1 tujuan, menghapuskan umat Islam.



Kita yang tak berhadapan dengan situasi mereka di Palestin ni semestinya tak merasai penderitaan yang mereka hadapi..mungkin kita hanya mampu matah je ngan tindakan rejim zionis tu tapi marah hanya tinggal marah.Takde tindakan selanjutnye untuk membantu mereka yang ade di Palestin tu. Mati mereka tu mati syahid..insyaAllah.



Pentadbiran Bush meninggalkan legasi yang memalukan dengan sikap tak ambil peduli terhadap pembunuhan beramai-beramai di Gaza. Walaupun pada mulanya Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama nampak seperti memberi sinar baru terhadap Palestin dan negara-negara Islam yang lain, tapi tindakannya mendiamkan diri terhadap siri pencerobohan Israel terhadap Gaza menunjukkan sikapnye sama saje ngan presiden US yang terdahulu..

Kelemahan ketara umat Islam sekarang kerana kita tak bersatu padu menentang orang-orang kafir yang mengancam Islam..tak seperti ketika zaman RAsulullah dulu..setiap umat Islam bersatu padu mencurahkan segala tenaga untuk menegakkan Islam. Mereka tak mengimpikan kehidupan mewah serta selesa di dunia ni..bagi mereka syahid fi sabilillah adalah cita-cita utama mereka ketika berperang..mereka tak pernah takut ketika berperang walaupun jumlah umat Islam sikit berbanding dengan tentera kafir. Tapi kemenangan tetap berpihak kat tentera Islam..kerana ape???? Jawapannya mudah, berjuang kerana Allah..mereka berjuang bukan kerana nama, pangkat atau harta..mereka berjuang demi 1 kalimah tauhid..mereka berjuang demi menegakkan daulah islamiyah..itu yang ade dalam diri mereka..mereka tak gentar walaupun mereka terpakse mengorban nyawa mereka..kerana mereka tau, syahid tu adalah 1 hadiah dari Allah terhadap mereka yang berjuang di jalan Allah & di janjikan syurga.

Tapi kita lihat umat Islam ada masa kini, especially negara-negara arab yang berdekatan ngan Palestin, mereka hanya mendiamkan diri tanpa sedikit pun ambil tindakan untuk menolong sahabat-sahabat sesama Islam yang sedang ditindas..yang sedang bertarung ngan nyawa untuk memperjuangkan Islam..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka tidak sesekali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah. Dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya, 'Wahau Rasulullah, di manakah mereka ini'. Sabda Baginda, 'Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis."

Marilah kite sama-sama berdoa, melakukan solat hajat beserta qunut nazilah memohon bantuan dari Allah agar bantuan dari Allah segera tiba untuk membantu umat-umat Islam di Palestin dan menghancurkan kekejaman rejim zionis kafir laknatullah tu..kite juga mengharapkan agar seluruh umat Islam dapat bersatu terutamanya pemimpin-pemimpin negara Islam agar dapat membantu saudara-saudar seIslam kite di Palestin tu dengan seluruh kudrat tenaga kite.



"Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah meghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Abrahah, maka kami memohon kepada Mu ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin yang sedang berjuang mempertahankan agamaMu yang suci ini ya Allah dari golongan-golongan kafir laknatullah".

Wallahua'lam.

Read rest of entry
 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal