Thursday, October 30, 2008

Kesedihan Di Dalam Kegembiraan

Assalamualaikum wahai pengunjung blog ni..

dah lame tak menghapdet blog ni..mungkin kerana kesibukan menyiapkan report FYP ku di tambah pulak ngan preparation for FYP presentation & juga musim imtihan yang semakin hampir menyebabkan kekurangan mase untuk menghapdet blog..(betul ke kekurangan mase???Bukan Allah dah bagi 86,400 saat dalam sehari untuk kite melakukan perkara-perkara fardhu kifayah & juga Fardhu Ain...sebetulnye aku sering lali & leka..bukannye tak cukup mase.)

Dalam seminggu dua ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup ku ni...ade yang gembira & ade yang menyedihkan..mungkin ni semua permainan kehidupan & juga ujian dari Allah untuk menguji ketabahan & kesabaran hambaNya dalam mengingati & menerima segala Qada' & Qadar Allah terhadap hambaNya.

Rasenye elok la aku mulakan dengan cerita yang gembira dulu before aku bercerita tentang berita sedih..takut kalau aku cerita berita sedih dulu, tak mampu nak menaip dh berita gembira tu...

25/10/2008 - pada tarikh ini sah lah akak ku yang aku sayangi menjadi tunangan orang..Majlis pertunangan yang berlangsung di rumah ku yang di langsungkan secara sederhana je & just hanye menjemput sedara mara & juga jiran tetangga. InsyaAllah tahun depan akak ku akan melangsungkan perkahwinannya.Tahniah ayong!

26/10/2008 - Disebalik kesibukan & kegembiraan majlis pertunangan ayong, tarikh ini menjadi detik permulaan kesedihan dalam episod ni. Atok ku di bawa ke hospital akibat masalah jantung & paru-paru berair. Pada mulanya atok tidak mahu dibawa ke hospital,tapi akibat condition atok yang semakin kritikal, die terpakse juga di bawa ke hospital akibat kesukaran bernafas.

Di hospital, atok di masukkan ke CCU dan diberi alat bantuan pernafasan dan juga dimasukkan cecair untuk mencair darah kerana darah tok tidak boleh cair.Petang hingga ke malam giliran ku menjaga atok ku bersama pakcik ku..Sedih ku melihat tubuh badan yang kurus & tak bermaya tu di cucuk dengan banyak jarum. Malam tu aku sempat memeberi tok minum air. Aku usap tangan nya ketika atok lena tidor di katil dalam wad tu..tangan yang pernah membelai ku dari kecil sehingga kini. Tak semena-semena air mata ku mengalir.

27/10/2008 - pagi itu sebelum ke berangkat pulang ke Melaka, aku sempat menjenguk Tok di hospital. Ketika ku sampai, seorang Doktor pakar sedang memeriksa keadaan tok ku.."Just stand by to face worst situation" kate doktor pakar tu.

Petang itu keadaan tok menjadi kritikal apabila jantungnye tidak berfungsi.Beberapa jam kemudian keadaan tok kembali stabil. Hatiku lega mendengar berita tersebut. Pada pukul 9.30 malam aku menerima panggilan dari ayong yang mengatakan tok sedang nazak. Aku bergegas pulang ke Teluk Intan. Aku hanya mampu berdoa agar Tok selamat. Tapi Allah lebih menyayangi Tok ku. Aku menerima panggilan dari ayong. Tepat jam 10.40 malam, Tok menghembuskan nafasnya yag terakhir. Aku redha menerima ketentuan Ilahi tetapi sedikit terkilan kerana tak berada di sisi arwah Tok ku ketika sedang nazak.

28/10/2008 - Urusan pengurusan jenazah di lakukan pagi tu. Ramai yang hadir untuk memberi penghormaan terakhir terhadap jenazah Tok ku.Urusan memandikan jenazah Tok ku dilakukan. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk turut sama memandikan jenazah Tok ku. Selepas solat zuhur, jenazah Tok di sembahyangkan yang di imamkan oleh bapaku. Alhamdulillah ramai yang hadir untuk solat jenazah Tok ku. Setelah selesai solat jenazah, jenazah Tok dibawa ke Tanah perkuburan Jalan Sultan Abdullah untuk di kebumikan di sana. Setelah selesai jenazah Tok dikebumikan, talqin dibacakan oleh bapaku. Suasan sedih & pilu menyelubungi pabila aku mendengar talqin dibaca. Bapa ku juga turut sebak pabila membaca talqin tu. Alhamdulillah, jenazah Tok telah selamat di kebumikan dan di talqin kan.

Hanya al-fatihah dan doa yang dapat ku berikan kepada arwah Tok ku.Moga Allah menempatkan roh mu bersama roh orang-orang yang soleh.

Kepada pengunjung blog ni, minta jasa baik untuk menyedekahkan al-fatihah & doa kepada arwah Tok ku, Hj. Nasiruddin b Tamby. Moga dengan doa kalian, roh nya aman di alam Barzakh sana. Al-Fatihah.

2 comments:

Syammil on November 1, 2008 at 5:03 PM said...

alfatihah...amin..

Mohd Hafizi b Haji Abdul Rahman on November 1, 2008 at 7:37 PM said...

syukran....

 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal