Monday, September 29, 2008

Eid Mubarak



Eid mubarak ana ucapkan kepada semua sahabat-sahabat bloggerz & juga seluruh umat Islam.Salam kemaafan ana hulurkan kepada semua yang mengenali diri ana ni..terasa begitu banyak dosa & kesalahan yang telah ana lakukan. Begitu pantas ramadhan al-mubarak meninggalkan kite semua. Dengan pemergian Ramadhan dan juga datangya 1 Syawal, seluruh umat Islam merayakan kemenangan dengan laungan Takbir,Tahmid dan Tasbih sebagai tanda menzahirkan kesyukuran & kemenangan kite melawan hawa nafsu di sepanjang Bulan Ramadhan.

Firman Allah dalam surah Al- Baqarah ayat 185:

Maksudnya: "dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk dan supaya kamu bersyukur."

Merayakan kemenangan setelah sebulan kite berpuase bukanlah hanya semata-mata kite berlawo-lawo dengan memakai baju-baju yang baru, ataupun dengan menyediakan juadah hari raye yang melampo-lampo sehingga membawak kepada pembaziran..tapi kemenangan mutlak bagi kite sebagai umat Islam adalah sejauh mane kite dapat mempertahankan tarbiah Ramadhan tu dalam diri kite..

Janganla kite hanya menjadi alim di bulan Ramadhan dengan bersungguh-sungguh mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang jemaah di masjid, sembahyang terawih,witir,baca quran,qiamullail, etc..tapi setelah pemergian ramadhan kite kembali ke kehidupan kite yang asal.kurang ke masjid, kurang bace quran, kurang qiamullail. Satu persoalan yang bermain di pikiran ana, adakah ibadah itu hanya khusus di bulan Ramadhan saje?????Alangkah ruginye bagi kite jika kite tak dapat mempertahankan tarbiah Ramadhan tu dalam diri kite ni..kerana belum tentu lagi Allah akan memanjangkan umur kite sehingga ketemu Ramadhan yang akan datang.

Disini ana nak kongsi sikit beberape impak yang sepatutnye di rasai dalam diri kite setelah menjalani tarbiah ramadhan ni:

1) Semakin Tunduk & Patuh Kepada Allah

Ketaatan kite dalam mengerjakan ibadah dalam bulan Ramadhan seharusnye menjadikan diri kite berdisiplin dalam ape jua yang kite lakukan tak kire la dalam amal seharian kite mahupun amal ibadah kite kepada Allah.

2) Bersyukur Dengan Nikmat Makanan & Minuman

Amalam berpuase dapat melatih diri kite supaya kite bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi kat kite especially nikmat makan & minum.Kalo nak compare Malaysia ngan negara yang miskin seperti di Afrika, yang hanya kadang-kadang makan sekali sehari je,sedangkan kite terlebih-lebih makanan sehingga membawak kepada pembaziran.Ramadhan nila kite dapat merasai & menginsafi cmne rasenye kehidupan orang-orang yang kurang dapat makanan. Ramadhan juga melatih kite supaya suka bersedekah terutamanya dalam menjamu makanan kepada orang lain. Kalo kite tengok sikap orang-orang arab seperti di Makkah,Madinah, Mesir,etc..setiap kali ramadhan, orang arab ni berlumba-lumba nak sedekah berbuka puase sehinggakan kite tak perlu nak membeli juadah berbuka puase pun kalo duk kat sane..ni kerana mereka tahu menjamu orang berbuka puase memang banyak pahala.

3) Sabar Hadapi Ujian Allah
"Sabar..sabar..aku puase ni.Karang kurang pulak pahala puase aku".Nila antara dialog sesetngah orang yang tengah berpuase.Tapi adakah kite hanya perlu bersabar ketika Ramadhan je???Bulan lain takyah sabar ke???Tu tanggapan yang salah tu...sepatutnye latihan sabar di bulan Ramadhan tu kite kene teruskan sampai bile-bile.Bukan hanya di bulan puasa je..Kalo agak-agak bulan-bulan lain susah bebenor nak sabar,puase je sepanjang tahun(kecuali pada hari-hari yang diharamkan puase).Confirm korang akan jadi orang yang penyabar.

4) Ketekunan Dalam Mengerjakan Ibadah
Tarbiah ibadah terawih,witir,tadarus Al-Quran seharusnye menjadikan kite sentiasa istiqamah dan tekun dalam mengerjakan ibadah kepada Allah.Walaupun bulan-bulan lain takde ibadah terawih, tapi ibadah-ibadah lain seperti tadarus, qiamullail,etc seharusnye kite teruskan, bukanla berenti setelah selseai Ramadhan.

Sekali lagi ana nak memohon maap zahir batin kalau selama ni ade terkasar bahasa,terlanjur perbuatan,termakan dan terminum,mintak diampun kan segalanye.Bagi sahabat-sahabat ana,jemputla datang ke rumah..sediakan duit raye sebelum datang ke rumah ana.hehe..

Selamat Hari Raya Maap Zahir Batin.


Get Hari Raya Graphics Here

Read rest of entry

Kad Raye Yang Di Anto e-Posmen Last-Last Minit Sebelum Raye

Walopun lagi sehari je nak raye,alhamdulillah e-posmen still lagi tak jemu-jemu nak menganto kad raye kat ana walopun ana tau deme sume mesti sibuk nak prepare nak sambut raye. Kad raye kali ni datangnye dari sahabat ana yang cukup tak asing lagi (tapi bukanla die ni seorang makhluk asing) iaitu saudara Muhammad Fahmi b.hj. Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai pamie. Kawan ana since 1st day school (darjah 1 plk tu)..cubela bayangkan berapa lama kitorang berkawan..Nila salah sorang kawan ana yang best untuk diajak nyembang & ditambah pula untuk di ajak merapu@merepek..memang kuat merepek die ni...ditambah pulak dengan gelak tahap ngekek-ngekek yang melampau kalo lepak ngan die ni..enjoy je kalo hidup ngan mamat sorang ni..kire tak tensen langsungla..heheh(ana dah puji baik punye ni,takkan enta tak sior nak bagi duit raye dalam 10 geneh kot..tak mintak bnyk2 pun,10 geneh je.ana tau tu je yang enta mampu.heheh).So disini ana sertakan kad raye yang di hantar olehnye..nice kad raye..lagi lawo kalo enta pos kan ke umah ana the real one punye..heheh.Syukran atas kad raye ni..salam lebaran buat enta & sahabat handai di sana.

Read rest of entry

Sunday, September 21, 2008

Special Kad Raya To All My Friends

Disebabkan lebaran sudah hampir tiba,pejabat pos penuh ngan orang yang beratur nak beli setem, setem-setem sume dah habis di jual,peti-peti pos penuh dengan kad-kad raye, posmen-posmen bz menganto kad raye dan kad raye pulak lambat sampai ke rumah...disebabkan untuk mengelakkan kejadian-kejadian ni lah maka terciptanya sebuah kad raya secara maya ni..& juga disebabkan aku juga telah menerima sebijik kad raye maya ni daripada sahabat blogger, maka amatlah tidak elok untuk tidak mereply kad raye yang di anto nye tu..Maka dengan ni, saya telah menyediakan 2 jenis kad raye. Yang pertama untuk sahabat-sahabat bloggerz & yang kedua adalah untuk rakan-rakan seperjuanganku dalam menuntut ilmu ni..



This kad raya belong to person that their name display at this kad raya and also to all my sahabat bloggerz in my list.Maybe i cannot display all their names, because this kad raye is so small. But i hope u will be happy to receive this kad raya from me.

Untuk semua coursemate and housemate, harap dapat terima kad raye ni dengan hati yang melonjak-lonjak gembira.



Bagi sesape yang nak save kad raye tersebut, dipersilakanla..nak tengok je taknak save pun takpe. Sume atas hak dan inisiatif masing-masing.
Semoga sume yang menerima atau tak menerima kad raye ni dapat bergembira di syawal yang mulia nanti..& diharapkan jangan pulak ade yang berkecil hati,hempedu mahupun limpa di atas nama anda tidak ada didalam list tersebut.Maap kalo ade salah silap.

Sekian,Wassalam.
Read rest of entry

First Kad raye Tahun Ni....

Syoknye tak terkire pasal tahun ni, nila first kad raye yang ana dapat..syukran to sahabat ana,ukhti muyassarah nabila a.k.a nabila a.k.a cik bella. Ingatkan thn ni seperti tahun-tahun lepas..just dapat wish selamat ari raye melalui frenster ngn mesej je..kire tahun ni lain sikitla...dpt e-card walopun daripada sahabat yang hanye ana kenali melalui blog ni je...syukran to her.May Allah bless her. InsyaAllah,ana akan balas kad raye enti tu..jangan riso.Here i want to share to all bloggers kad raye that i get..takpe kan cik bella.hehehe

Read rest of entry

Moga Ketemu Lailatul Qadar

Salam Ramadhan al-Mubarak buat pengunjung blog..nampaknye Ramadhan dah memasuki babak-babak terakhir sebelum menamatkan siri pada tahun ni.Cepat betul rasenye masa berlalu..rase macam semalam baru je start berpose..rupe-rupenye dah masuk ke 10 ramadhan yang terakhir dah. Terasa begitu sedih untuk meninggalkan ramadhan al-mubarak ni..bulan di mana Allah melimpahkan rahmat dn ganjaran yang berlipat ganda compared ngan bulan-bulan yang lain. So teramatlah ruginye bagi sesape yang tak hingin ataupun tak sudi langsung nak merebut ganjaran yang Allah bagi kat kite sabagai umat Muhammad S.A.W ni.

Di sepuluh malam yang terakhir ni,suppose kite lagi berlumba-lumba melakukan amal ibadah kerana pada 10 malam terakhir ni la terdapat padanya malam al- qadar..malam yang yang lebih baik daripada seribu bulan.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan.

Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

(source:http://ramadan.emedia.com.my)

So jom kite pakat ramai-ramai mencari malam al-qadar ni dengan memperbanyakkan ibadah kite di 10 malam terakhir ni..banyakkanla amalan-amalan sunat seperti tahajjud,baca al-quran,berzikir,bersedekah,etc.Moga ibadah yang kite lakukan ini dengan niat yang ikhlas mendapat rahmat dan maghfirah daripadaNya.Wallahua'lam.

Read rest of entry

Thursday, September 18, 2008

Mari Memakai Name Tag

Salam Ramadhan sekali lagi buat pengunjung blog ni..Buat pertama kalinya tuan empunya blog ni telah di tag oleh sahabat sendiri. Dengan rase berbesar ati,aku menerima name tag yang telah diberi dengan menjawab soalan-soalan berikut..hehehe.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

iman & ilmu

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?


makanan berbuka pose

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?

masjid or rumah sendiri

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?

hubungan ngn family - selame-lamenye hingga akhirat
hubungan ngan kawan - insyaAllah berkekalan gak (tapi tak taula sampai bile..heheh)
hubungan ngan isteri - takde isteri lagi..so tak taula..kalo dah ade isteri insyaAllah slame-lamenye.
hubungan Allah - akan tetap setia sehingga akhirat.

insyaAllah..

5. Adakah anda di lamun cinta?


cinta kepada Allah & rasul dh lame dh..
cinta kepada ilmu(continously)..
cinta kepada keluarga(sejak aku dilahirkan)..


6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?

KFC..ngan ahli bait.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?


Competition Car Composites-Practical Handbook
133 Sirah Pejuang-pejuang Islam
La Tahzan

8. Apakah nama penuh kamu?

Mohd Hafizi bin Haji Abdul Rahman

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?

Dua-dua rapat sebenonye..mak & abah memberi sepenuh perhatian kepada anak2 mereka..tapi yg paling rapat confirmla ngan my ummi.

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

11. Christina atau Britney?

ntah..tak minat langsung deme ni..lain kali bagila soalan lain.Tak best langsung soalan ni.

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

Aku mempunyai seorang pembantu yang bernama mesin basuh..so mesin basuh ni la yang membantu aku basuh kesemua baju aku.api kadang-kadang kalo malas sangat,aku gune tangan je basuh baju..(ade ke orang tengah malas,basuh baju gune tangan????heheh)

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?

Makkah & Madinah..teringin sangat nak pergi lagi buat kali yang kedua selepas 12 tahun.

14. Pelukan atau ciuman?

Dua-dua aku wat..tapi aku peluk & cium mak bapak aku je..orang lain aku tak penah wat lagi.

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.

1.Kawan aku since 1st day darjah 1 (17 tahun rupenye kite dh berkawan..hehe).
2.Akula yang ngajo die ni menulis huruf kecik.(hebat tak aku,darjah 1 dah jadi cikgu ngajo orang lain..hahah)
3.Die sorang yang hepi go lucky.
4.Die tak suke makan sos (fakta atau auta????)
5.Seorang yang kuat merapu(kalo merapu ngan die sampai sok pagi pun tak habis..heheh)

16. 5 perkara yang amat saya gilai

1. anime
2. manga
3. intenet
4. blog
5. kete


17. 5 perkataan yang sering di ucapkan


1. Alhamdulillah
2. Astaghfirullah
3. Allah
4. bunguks(bungkus bak kate pamie)
5. siot

18.8 buah buku yang paling terbaru dibaca.

1. Jurnal Sub-critical crack growth in highly stress Formula 1 race car composite suspension components.
2. Composie Literature.
3. Competition Car composite (handbook practical)
4. Novel Tautan Hati (dah banyak kali aku bace dah ni)
5. Balaghah Wadhihah (ade orang tanye pasal istiarah buleh plak aku telupe..ngeh3..)
6. Novel ketika cinta bertasbih 1
7. Novel ketika cinta bertasbih 2
8. Buku lima leh masukkan gak ke dalam senarai ni??hehehe

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.

1. yui-summer song
2. yui-laugh away
3. suara firdaus-menuju wawasan
4. yui-life
5. Houki Boshi - Younha
6. Aqua Times-Alones
7. Haikal-mentari hidup
8. Brothers-Satu Perjuangan

19. 6 perkara yang saya pelajari tahun lalu

1. Belajo camne kehidupan sebagai seorang engineer (Praktikal kat PROTON)
2. Baru tau pekebendenye Stamping dalam proses pembuatan kete..aku ingat keje ngecop setem.heheh
3. Time keje ni baru rase time blajo lagi relax & seronok compared to time keje.
4. Disipilinkan diri especially in time management..yela,keje sume ade dateline.kene siapkan before dateline.Memang berdisiplin aku time keje ni.hehehe
5. Blajo cmne nak urus sesuatu project.
6. Ilmu Allah ni bukan hanye ade kat Universiti or kat sekolah je,kadang2 kat tepi2 jalan or kat tempat yang tak berape formal pun leh dapat ilmu Allah.Janji kite nakkan ilmu tu je.


20. Mari mengetag 8 orang lain
.

Soalan ni aku jawab hanya berdasarkan kate ati aku..& juga berdasarkan jari jemari aku yang menekan keybod laptop aku..(kirenye takde dasar pilih kasih dlm pemilihan org untuk memakai nametag yang seterusnye..heheh)
1. Syafiq Samuji a.k.a Gaco a.k.a abah
2. Hadi Halim tuan yang empunye KE70
3. Hanif si rummate aku
4. Nabila a.k.a cik bella
5. Ustaz muhammad fahmi
6. Fahmi Al-Qahiri
7. Pahmeei...ooo pahmeei (ustaz Muhammad Amin memanggil anaknye ketika kawan anaknye dtg ke umah)
8. Pamie yang kuat merapu

Sume soalan sudah ku jawab ngan sesempurna mungkin.Walopun lambat membalas akibat sibuk bebenor ngan hal-hal dunia,tapi untuk tak menghampakan sahabatku Pamie yang telah memberi nametag kepada ku,so aku pun ngan rase berbesar ati menjawab soalan-soalan ni..Moga berpuas ati ngan jawapan yang diberikan ni..Sekian..wassalam.
Read rest of entry

Sunday, September 14, 2008

Banyaknye...

salam ramadhan....
secara sedar tak sedar mahupun ingat-ingat lupaa...dah separuh ramadhan dah meninggalkan kite.Macam mane ngan pose kite ramdhan kali ni???Stakat ni penuh tak pose???ke ade yang sengaja menguzur syar'ie gak(bagi kaum laki) dengan memberi alasan aku takleh pose sebab ttuutttt......(alasan tu korang pikirla sendiri..bagi sesape yg suke memberi alasan tak nak pose..hehe).Agak-agaknye pose kite kali ni dah di upgrade kn ke berbanding tahun lepas??kalo upgrade.alhamdulillah..kalo downgrade,muhasabah la diri tu..sempat lagi ni..ade separuh ramadhan lagi yang menanti kite dengan limpahan ganjaran yang cukup banyak bagi sesape yang tahu menghargai separuh kedua ramadhan ni especially pada 10 ramadhan yang terakhir. Disini elok rasenye kite berkongsi sedikit ilmu ape bende yang perlu diperbanyakkan terutamnya dalam menempuh separuh ramadhan yang tinggal ni..

Banyakkan Sedekah

Bagi sesape yang sebelum ni rase berat benor tangan tu (seperti ade ketumbuhan batu besar yang ade pada tangan) untuk bersedekah, rasenye bulan ni la bulan yang amat bagus untuk kite melakukan amal tu..Kalo agak kekayaan tu berada di tahap yang tinggi,bolehla menderma sebijik umah mahupun kete kepada orang yang memerlukan macam aku ni..hehe.Kalo tak mampu,blehla bersedekah makanan berbuka pose kat masjid-masjid ataupun panggil 1 kampung ngan kampong sebelah berbuka pose kat umah anda.Kan ke bagus cmtu,disamping dapat pahala,boleh gak mengeratkan tali sillaturrahim.
Bagi mereka yang tak teramat mampu untk menjamu orang berbuka pose,bolehla hanya sekadar sedekahkan senyuman kepada orang kite jumpa..Jumpa orang je senyum menyerongen bak kate orang perak..bior nampak sume gigi anda tu. Tapi anda perlulah pastikan sebelum tu gosok gigi dulu..jangan biorkan gigi kunin je..orang tengok kite senyum pun tak jadi nak senyum balik..hehehe

Banyakkan Baca Al-quran

Dalam bulan yang penuh barakah ni,elok bebenorla kite banyakkan bace al-quran..kalo boleh stiap kali lepas solat ambik la sikit bace nak bace quran..dapat 1 page pun jadila..kalo boleh dapat habiskan 1 juzu’ sehari mmg dah kire bagus dh tu..Rasulullah dulu pun setiap kali bulan ramadhan,Baginda khatam al-quran sekali..Pada ramadhan terakhir sebelum Baginda wafat, Baginda khatam quran 2 kali dalam bulan ramadhan tersebut. Tapi kalo terasa diri tu terlampo pemalas, dengor orang bace quran pun dh kire ok..dapat gak la pahala dengor orang bace quran daripada kite membuat perkara-perkara yang lagho di bulan ramadhan ni. Sekarang ni kan teknologi dah canggih,dalam henset pun leh letak mp3 al-quran..so lebih baik dengor ayat-ayat suci al-quran daripada dengor lagu yang ntah hape-hape tu..


Banyakkan Qiamullail

Di separuh ramadhan ni terutamanya 10 ramadhan yang terakhir ni,elok bebenorla kalo pakat ramai-ramai bangun tengah malam. Bangun tengah malam bukanla bertujuan untuk tengok bola mahupun main game mahupun tengok movie mahupun main intenet..tapi elokla kalo buat solat sunat tahajjud,solat sunat taubat,solat sunat hajat,etc. lepas tu leh bersahur terus…so secara automotiknye anda takkan terlepas untuk bersahur. Dah dapat pahala qiamullail ngan pahala bersahur sekali.


Banyakkan Sabar daripada Mengamuk Tak Tentu Pasal


Mengamuk..mengamuk..mengamuk..beratur nak bayar beli makanan pose pun nak ngamuk, orang silap anto oder makanan berbuka pose pun nak ngamuk, tengah perut lapo pun nak ngamuk, perut kenyang benor pun nak ngamuk..kire dalam sume keadaanla die nak ngamuk..Kalo jumpe orang cmni baik di sekeh je kepala die tu..tak pasal-pasal sume nak ngamuk je..hahah.Bagi orang yang berpenyakit seperti yang disebutkan di atas,bawak-bawakla berubah bulan pose ni. Agak-agak kalo terasa nak stat ngamuk tu,pi la ambik wudhu’,tapi jgnla plk ambik kesempatan ngan menelan air wudhu’ tu ngan alasan selamber dah terminum..terminum takpe..ni bukan boleh meredakan mengamuk die,karang aku pulak yang ngamuk kat orang camtu..hahaha.

Banyakkan Juadah Berbuka Pose

Mesti korang pelik apsal aku suruh memperbanyakkan juadah berbuka pose..kan ke tu membazir..heheh.Memangla membazir kalo korang beli banyak-banyak untuk korang sorang je..dah tentu korang tak habis makan punye..pehtu buang ke dalam tong sampah..kan ke membazir tu..lebih elok kalo korang beli banyak-banyak pehtu bagi la kat member-member serumah korang tu..kan elok berkongsi-kongsi makanan..banyak berkat tu..adalah lagi elok kalo ajak aku..sure makanan tu tak dibazirkan punye..hehehe. So untuk sume ahli bait aku, disarankan membeli juadah berbuka pose banyak sikit..so aku takyah beli juadah berbuka pose..hehehe


Banyakkan Membuat Assignment+Projek

Haa..remind untuk aku & kengkawan aku,bawak2la memperbanyakkan usaha buat assignment tu..jangan main game ngan intenet je…assignment banyak lagi tak siap ni..repot psm lepeh raye nak anto.Sedarlah wahai kengkawan ku (ngan aku skali), jangan jadikan pose sebagai alasan untuk melengahkan assignment tu..hehehe
Read rest of entry

Monday, September 1, 2008

Relax-relax minda di bulan Ramadhan

Bulan ramadhan tiba juga akhirnye..dah lame benor rasenye menantikan bulan ni.Dalam bulan ramadhan ni..macam2 dugaan dalam menjalani ibadah pose..so macam2la karenah umat manusia di bulan pose. Kat sini aku just nak kongsi sikit je bnde2 yg ok or tak ok or perangai2 manusia ketika menjalani ibadah pose ni.Check it out....

1)kite mestila rase bersemangat untuk menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak ni..tapi semangat & gembira pun jgnla sampai terkinja2 keseronokan.heheh

2) Tengah2 berpose jgnla terlampau stress akibat perut tu selalu membuat konsert amal di siang hari. Tenangkanla diri anda walopun perut tu sememangnye tengah lapo.

3) Akibat terlampo lapo,ade yg hampir2 pengsan 88x kali dalam sehari(biasenye bebudak)..bukan pe sbenonye,nak nunjukkan die tu dah tak larat benorla tu..harap2 mak bapak bagi berbuka.heheh

4) Ade gak sesetengah manusia yang lapo sanggup menghantukkan kepala nye ke dinding..ade ke???kalo ade aku sarankan tak yah buat bnde yang tak berpekdah tu..bukan leh kenyang pun kalo hantukkan kepala ke dinding.hehe

5) Di bulan yang mulia ni gak kite di suruh jangan selalu marah2..bagi sape yang agak2 panas baran tu,bawak2la cool ketika di bulan pose ni..takde pekdahnye marah2..buat lapo lagi adela.Kalo agak2 nak marah,ambikla wudu',tapi jangan pulak sengaja nak menelan air wudu' tu..tak psl2 batal2 pulak pose.

6) Waktu berbuka,janganla gelojoh benor makan seperi orang tak penah jumpe makanan & juga seperti org tak makan 18 bulan..bwk2la bersabo sikit..tak lari makanan tu kecuali la ade org yang bwk lari mknn tu..heheh. mulakanla ngn basmalat moga rezeki tu berkat.

7) Bulan pose bukan bulan yang mengajo kite bermalas-malasan..petang2 sebelum gi beli juadah berbuka pose,agak elok kalo gi membuat senaman ringan bersama rakan2 anda. Boleh gak menyehatkan tubuh badan tu..daripada duk melingkor je mcm ular sawa,bwk2la bersenam ek..hehe

8) Bagi student2 mcm aku ni,aku nak nasihatkan jgnla time kelas tu tdo plk akibat kepenatan + kelaparan akibat berpose..takkan baru tak mkn setengah hari dah lembik kot..Rasulullah ngn para sahabat dulu time pose siap gi berperang lagi..pehtu menang pulak tu..betapa berkatnye wat sumting yang baik ketika berpose.So semangat2kan diri anda untuk study di bulan pose ni.hehe

9) Janganla asyik mengelamun je time pose2 ni..adalah lebih baik kalo gi bace quran ke,berzikir ke,kemas2 umah ke,study ke,main game ke,cat reban ayam depan umah ke,betulkan pagar umah jiran ke,mop lantai yang dah berhabuk tu ke adalah lebih baik daripada duk mlepak mengelamun je.hehe.

10)Last skali kalo ade niat2 buruk yang ade dalam ati tu mintak kite bersihkan la..bior kite menjalani ibadah pose ni ngan ati yang cukup bersih lagi suci serta murni dengan penuh keikhlasan.Moga segala amal ibadah kite di bulan pose ni diterima Allah.

Segala ape yang ditulis di atas hanya sekadar sedikit nasihat buat diri aku yang sering lalai..& juga buat mereka2 yang nak ambik bende ni sebagai nasihat..kalo taknak pun takpe..tak pakse pun..just ambik sebagai bende yang boleh merelaxkan minda ketika perut tengah bernyanyi lagu metallica daripada album terbaru mereka yang bertajuk 'i'm so hungry,give me some food to eat'.heheh..kalo ade salah silap ape yang ditulis diatas harap di maapkan.
Read rest of entry

Ahlan Ya ramadhan

Salam ramadhan buat sahabat2 serta pengunjung2 blog ni..harap2 orang mengunjung ke blog ni pose la hendaknye kecuali bagi muslimat yang dibolehkan syara' untuk tidak berpose aas sebab2 yang tertentu..hehehe.Bagi kaum2 muslimin yang dah akil baligh,yang kalo dah kawen tu dah bleh dpt anak dah,renti2kanla niat untuk tak berpose penuh tahun ni..ingat sikit,diri tu dah besor panjang,bukan bebudak hingusan lagi.Kadang2 bebudak tu lagi pose penuh (pasal nak dapat duit raye) daripada bebudak besor yang ngaku diri tu kecik lagi..hahaha. bagi yang dapat berpose penuh,Alhamdulillah la di atas kejayaan kome sume mengharungi peperangan melawan hawa nafsu korang sendiri..yela,setan2 dah kene ikat.Yang tinggal bermaharajalela adalah nafsu korang sendiri. Tu yang bile nak beli makanan bebrbuka je beli macama stok nak makan bebuka 30 hari..pehtu dah tak habis & membazir.Membazirkan tu kan amalan syaitan..so janganla teringin benor nak jadi sedara mara syaitan tu.

Bulan Ramadhan ni juga sebenornye adalah pesta ibadat bagi kite sume..di waktu siang hari kite berpose,malam pulak kite penuhi ngan solat terawih dan witir.Ditambah pulak tu ngan bace Al-Quran & juga qiamullail..Sabda Rasulullah:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)

So ape lagi, peluang ni Allah hanya bagi kat bulan ramadhan je..mane nak dapat buat amalan sunat dapat pahala macam buat amalan wajib.So suppose kite kene rebut la peluang yang dah dihidangkan oleh Allah ni..

Teringat plk pose time bebudak dulu...seingat aku,aku pose stat umur 6 ahun rasenye.Tapi konpem la tak penuh 30 ari..kadang2 nak penuhkan sehari pun dh cukup azab waktu tu..hehhe.Tapi disebabkan mak & abah aku jenis yg garang gak orangnye,& mak aku ckp,kalo tak pose time bkk pose nnti kene duk jauh2,takleh duk ngn orang yang bukak pose.Nak tak nak,kenela tabahkan ati & diri ni pose penuh sari walopun kadang macam dah nak pengsan dah rasenye..haha.
Tapi alhamdulillah,mungkin berkat ketegasan mak ngan abah aku tula,stat darjah 1 aku dah boleh pose penuh..& dah tak wat2 pengsan lagi time pose..haha.Syukran to my beloved abi & ummi coz tak penah jemu & penat nak didik anak mu yang agaka nakal ni.

Ape-ape pun ramadhan kali ni aku amat mengharapkan 1 perubahan pada diri aku..perubahan dari perkara yang tak brape elok kat diri aku ni kepada perkara yang elok..dari perkara yang elok kepada perkara yang lebih elok..So selamat berpose kepada sume umat Islam kat seluruh dunia..moga ramadhan kali bukan ramadhan yang erakhir untuk diri kite ni..& moga ramadhan kali ni membawa perubahan positif dalam diri kite.

Read rest of entry
 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal