Monday, June 23, 2008

Tafsir Surah Al-Ikhlas

1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa.

2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

4. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Huraian:

Surah ini menetapkan keesaan zat Allah SWT, keesaan sifat ketuhanNya dan keesaan perbuatanNya. Ia juga memberi kesedaran kepada hati kecil manusia mengenali I'tiqad yang sebersih-bersihnya supaya dijadikan asas bagi ibadat dan amalan dalam kehidupan. Dengan itu, manusia tidak akan memperhambakan diri melainkan kepada Allah SWT semata-mata, dan tidak tertumpu pada masa senang atau susah dan tidak juga menjadikan kata pemutus dalam segala urusan hidupnya melainkan hukum Allah SWT yang menjadi punca bagi segala keadaan, kekuasaan & ketetapan. Mereka yang demikian menjadikan Allah tempat memohon segala hajat, petunjuk, hidayah tanpa melalui perantaraan yang lain.

Tauhid yang demikian ialah asas yang awal yang wajib dii'tiqadkan oleh hati seseorang semasa lidahnya mengucapkan La ila ha illa Allah - ucapan yang dikehendaki sentiasa disebut dan diingati dalam hati. Sebenarnye tauhid yang demikian suci bersihnya sudah tentu diikuti pula oleh segala perbuatan dan sifat-sifat mulia, kerana undang-undang & peraturan Allah telah menetapkan bahawa kepercayaan kepada Allah yakni keimanan yang teguh mempunyai kuasa dan pengaruh yang sangat berkesan kepada amal perbuatan seseorang.

Kesimpulan

Hendaklah kita sebagai seorang muslim meyakini dan sentiasa mengukuhkan i'tiqad kepada Allah SWT dalam meniti kehidupan yang penuh mehnah tribulasi.

0 comments:

 

Re-Engineering of Islamic Life Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal